BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Friday, May 01, 2015

SAJAK RASA




Apa yang menghijabkan rasa
Hingga disembunyikan resahnya
Aku sukar mengikis setiap bait kata
Yang dia ukir sempurna
Sampai menusuk ke dalam jiwa

Kata-kata dia
Lewat petang senja
Sesuatu yang masih melekat di jiwa
Sukar dibubarkan rintih rasa
Sesuatu dalam tangan kita
Belum tentu digapai sempurna

Aku menangis teresak hiba
Tanpa menitis sentuhan air mata
Kerana diksi menerpa kata
Tidak pernah kunjung tiba

Jadi ia bahagian yang tertimbus sendiri
Tidak langsung dia peduli
Menjadi perca-perca sendi
Yang masih mengalir kukuh ke sanubari

Aku masih sasar dalam rapuh bersegi
Mengharap dia akan kembali
Tersenyum dan berpaling ke sini
Mengutip perca-perca sendi
Menjadi ikatan hati
Yang kukuh bersemadi
Sehidup semati





LRT PWTC
2.00ptg



No comments:

Post a Comment