BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Wednesday, November 30, 2016

Sebuah Citra Tentang Hari Tua





malam ini kita membuang kenangan,
keseluruhan yang mahu kita lupakan,
keseluruhan yang melepaskan
selamanya digoyah waktu,
tentang rasa masa lalu

selamat datang hari tua,
pabila kita sedar uban putih
sudah memenuhi sebahagian kepala
usia yang bersisa memeluk rasa

Dan tentang tuhan,
kita  masih dipeluk sepi,
dan perlahan-lahan jiwa kita mati.


30/11/2016

kamar Impiana, PJ