BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Friday, December 02, 2016

SURAT DARIPADA PENYAIR



Dia menghantar surat-surat cintanya
pada ruangan kosong skrin komputernya
setiap aksara ditulis penuh ikhlas
tanpa mengharap ihsan mahupun belas

Dia melakar kata-kata kasihnya
pada kanvas kertas buku catatannya
setiap bait peristiwa dilakar penuh makna
menggeledah hakikat sebuah cita

Setiap rasa yang ditinta
rupanya baru dia tahu
menjadi seorang penyair
seperti menghantar surat-surat cinta
kepada kekasih yang tidak pernah dibalas

Dan dia sedar
sepi yang paling dalam
adalah kekasih yang paling akrab.


ADNIE BAHIAH
KUALA LUMPUR.

p/s: Tersiar di Dewan Sastera Edisi Disember 2016