BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Tuesday, November 19, 2013

KELAM SEKUNTUM BUNGA ALAM



Sudah lama aku tidak khabarkan rindu
Kepada sang bunga setia;
Yang sering menghindari kumbang berbisa
Yang tidak alah pada hujan gelora

Dia hanya menghadap getar embum pagi
Katanya subuh itu sunyi,
Sesudah dhuha pagi
Dia pergi
Dengan sebuah senyuman mengguguri hari.


AKu dan Sekeping cerita



AKu dan Sekeping cerita
Ada sekeping cerita
Yang diwar-warkan pada seluruh kota
Bakal menambahkan derita

Aku dan senyuman kaku
Masih mengikut rentak itu
Bolehkah bersatu
Dalam sebuah rindu?


TAPAK TALI



TAPAK TALI
Tak pak tak li
Pak tak li tak
Hahahahaha
Hidup ini seperti tapak bertali
Nafas ini seperti tali yang bertapak
pada tubuh yang berwarna merah

ini aliran kehidupan
walau siapa kau dan aku
kita tetap sama
berpijak pada bumi jua!