BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Sunday, May 20, 2012

KOSAKATA KEHIDUPAN




Bukan senang untuk mencipta sebuah pertemuan
Bukan senang untuk melahirkan rasa sayang
Dan bukan senang juga untuk menghadirkan
Rasa cinta di dalam hati

Namun jika semua itu telah dimiliki
Jagalah supaya tidak pudar dengan gelora emosi
Andai telah ditakdirkan jodohnya,
Maka terimalah nikahnya

Agar kehidupan bukan hanya bebayang
Yang mengelinap paluan rasa suram
Meratapi kehilangan demi kehilangan
Kehidupan seperti kosakata bebuih masa
Rapuh di ranjang hujung kehidupan sementara.

SEGUNDAH LANGIT CINTA




Ku khabarkan pada angin lara
Langit sepi hilang arah berkelam
Biarpun purnama bulat memancar jiwa
Ia masih gundah dalam gelita

Sudah puas ku lemparkan kata
Jangan bermuram durja langit kata
Usah menyambut zaman kenangan
Yang ingin memburu seribu impian

Usah khuatir langit duka
Esok bukalah luas mata
Mengendap sinar siang sengsara
Dan berlabuhlah segala hiba
Bersama rendaman air mata lukanya.





SECEBIS CERITA KEMANUSIAAN (UNTUK HARI JURURAWAT 2012)

p/s:puisi ini dihasilkan olehku sempena sambutan hari jururawat peringat negeri Kelantan untuk dideklamasikan oleh ibu saudaraku HABIEYBAH SALWA YUSUF yang kini bertugas di Hospital Lati,Pasir Mas,Kelantan.





Kita berjalan dan memulakan perjalanannya
Seperti jarum waktu yang setia berputar
Ke beberapa sudut tempat dan arah waktu
Di situlah cerita kasih kemanusiaan bermula
Kelembutan kewanitaan menjadi kemesraan
Seperti seberkas gubahan di taman mawar
Kasih yang tetap harum mewangi
Ke segenap hati insani

Bukan kerana takdir
Yang menukarkan kehidupan kita
Untuk memasuki alam perkasihan kemanusiaanNYA
Namun kerana sedikit hati dan jiwa yang tulus kasih sayang
Kita telah menukarkan corak wajah jiwa manusia
Dalam melayari bahtera kehidupanNYA

Kita insan yang amat cinta pada kemanusiaan
Kita tidak pernah gentar menongkah bebanan tugasan
Yang memahat berat bahu
Biarpun bertahun-tahun lagi
Pada setiap randik zaman-berzaman
Dan pudar alunan irama waktu
Tugas jururawat lebih harum menjunjung tanggungjawab bangsa
Rentap amanah dalam diri yang tidak pernah akan hilang
Bersama kebaikan budi dan pekerti bakti.


Tuesday, May 08, 2012

SESUCI KITAB CINTA




(Untuk Hati Yang Dizalimi)
Deru nafas yang bertinta tasbih hati
Menyeru paut-paut resah bersandar sebentar
Mungkin hanya di perhentian waktu pudar
Mendakap kejap hari dengan senyuman santai
Biarpun terperap suara getar emosi
Seketika hanya bisu yang bertakhta
Memainkan minit-minit ilusi

Sesuci kitab cinta yang didamba
Dalam setiap perjalanan masa
Masih ada di sana
Hati yang dizalimi
Sementara menanti penghujung
Segala kekalutan gundahnya.

KUALA IBAI,TERENGGANU.

AKU HANYA SEORANG GADIS



Aku hanya seorang gadis
Yang hanya mampu melempiaskan getar emosi
Melalui lautan tinta kata
Yang mengandungi pelbagai juta rasa
Dan menghadirkan getar yang meledak
Dari sentuhan hangat jiwa

Aku hanya seorang gadis
Melukiskan bait senyuman kalbu
Hanya di perdu kertas hati
Melakarkan segala balutan minda
Dan mengumpulkan semua resahnya.

Aku hanya seorang gadis
Menarikan jejari beraksara sanubari
Ke dalam lembah pautan sejati
Dalam meraih keajaiban kehidupan
Di sini aku kekal sebagai AKU.

-ADNIELAURA-
KUALA TERENGGANU

Tuesday, May 01, 2012

SENJA MAGHRIB DAN KISAHNYA



Terjelopok dalam senja ketakutan
Layanan sebentar perasaan manja
Nun gentar luntur

Sunyi melukiskan wataknya
Yang terbuai puing kesejahteraan
Melukut pada monolog dingin
Hembusan gelora rintih penantian
Berbukit sabar olahan kata

Kezaliman singkap waktu itu
Di antara pedih perasaan bertamu
Pergelutan minda dan nafsu
Kerudung marah bertalu
Terus membentak hati dan jiwa
Yang kelaparan sentuhan akhlak



ESOK,LUSA DAN MINGGU HADAPAN



Sebuah kehidupan sukar ditafsir
Oleh perenggan-perenggan pengalaman
Mahupun ritma-ritma peristiwa

Semalam tidak dapat ditampal kembali
Segala berlalu terungkap kenangan
Menjerut pangkuan daerah rasa
Menekan kebeningan jajahan minda

Esok yang terakhir
Lantas cerminlah diari kehidupan hari ini
Bertemankan monolog keimanan
Harapan berumpan kemantapan rohaniah

Lusa mungkin tertinggal
Oleh badai ganas kehidupan
Yang belum berkenalan erti kepayahan
Dan menghirup bayu putus asa

Minggu hadapan yang tiada
Kerana rupanya dikhianati hayat sendiri
Oleh rona kilauan rasa riwayat
Bersama nafas terhenti penghujungnya.

SEMERAH WARNA HATI




Melankolik sebuah kehidupan
Sentuhan sejati pawana mimpi gebu
Dikutip erat daerah mindanya
Berputar pasungan palsu nista
Bekalan kemanusian dijalin sepi

Pilih jalan yang lurus
Jalan yang tidak merimbun alpa
Bukan juga memaut deduka
Perasaan yang berkebir noda
Rindu kekadang menerjah
Salam sanubari semerah warna hati

Yang pekat mengalir lesu
Ke tubuh setiap jasab kehidupan
Yang kekadang lupa
Warna itu tetap sama
Biarpun tidak serupa jiwanya
Dan lain derita dan sengsaranya.


PASIR MAS.

DAHAN DOGMA PAYUNG PERIBADI




Angin damai menongkas muara akal
Menyungah harum fatamorgana nafsu
Gelombang godaan pengembara fikir
Miskin masa berkebir noda

Potret pudar memetik mimpi
Cemuhan kelelahan mengantung kenangan
Merangkak detik jarak rantik
Merempuh kabut nasib hayat

Sebelum kembara menggeliat hilang
Teluk roh menyembah gundah
Rajuk ambang angin angkasa
Lereng insaf mengajak pulang

Janji menyapa kontang hati
Melukis setia ladang kematangan
Rahsia perjalanan mengumpul harga
Putaran pertemuan harapan waktu

Lubuk ingatan gubuk tinggalan
Rebahkan jiwa rentak kebodohan
Kenangan menyusap berbunga bicara
Lurah keharuan persimpangan kehidupan