MUKA MAYA
BILA CINTA KERANA ALLAH...
بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)
Tuesday, May 01, 2012
ESOK,LUSA DAN MINGGU HADAPAN
Sebuah kehidupan sukar ditafsir
Oleh perenggan-perenggan pengalaman
Mahupun ritma-ritma peristiwa
Semalam tidak dapat ditampal kembali
Segala berlalu terungkap kenangan
Menjerut pangkuan daerah rasa
Menekan kebeningan jajahan minda
Esok yang terakhir
Lantas cerminlah diari kehidupan hari ini
Bertemankan monolog keimanan
Harapan berumpan kemantapan rohaniah
Lusa mungkin tertinggal
Oleh badai ganas kehidupan
Yang belum berkenalan erti kepayahan
Dan menghirup bayu putus asa
Minggu hadapan yang tiada
Kerana rupanya dikhianati hayat sendiri
Oleh rona kilauan rasa riwayat
Bersama nafas terhenti penghujungnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment