BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Thursday, March 26, 2015

MENGUNCI HATI







Saat diberikan kunci hati
ada senyuman memekari
di dalam sebuah diri
dan jasab gembira sekali
kerana riwayat sepi
telah beransur pergi
perlahan-lahan tidak lagi mengekori

Kamu tahu apa yang dia takuti
dia takut mengunci hati
kerana ianya tidak akan terbuka lagi
tersimpan kemas hingga mati
biarpun setia dimungkiri
dia tetap tidak mengunci hati
kerana percaya kuncinya akan kembali
dan perasaan sama bersemi


KAMAR ILHAM, PANDAN INDAH.





CINTA INI CINTA SEJATI




Tuhan,
Sungguh aku keji
Dalam air mata sendiri
Walhal engkau telah memberi
Sebuah cinta sejati
Yang sungguh suci
Amat sukar dicari
Dan payah diganti

Sebuah cinta sejati
Yang bukan hanya didakap dalam mimpi
Kerana kasih mereka realiti
Mengalir indah begitu murni
Membelai ke perdu pelusuk sanubari
Hingga ke syurga abadi

Tuhan, merekalah nikmat yang harus kusyukuri
Menggebu segala rindu di pergunungan pipi
Dalam ralit menggebar memori
Semoga cinta kekal ke perkampungan hakiki


Amin, ya Rabbi

Wednesday, March 25, 2015

PERSAHABATAN SATU MALAM



(untuk seorang perempuan yang dihantar tuhan)

Dalam lewat malam
Ketika resah sendirian
Dan menjadi gelandangan kehidupan
Seorang perempuan
Menghulurkan salam perkenalan

Aku memberikan senyuman
Ternyata tuhan menghantar seribu kebaikan
Dia ikhlas menghulurkan sebuah persahabatan
Bertukar cerita dan saling bertukar tawa
Sehingga subuh menjelma
Dan berjemaah bersama-sama
Walaupun masih tidak tahu nama

Pagi itu,
Masing-masing menuju destinasi
Sebelum berpisah pergi
Meneruskan sebuah pengembaraan diri
Aku memeluknya erat
Dan mengucapkan terima kasih
Untuk sebuah persahabatan satu malam
Ternyata tuhan menghantar dia
Dengan seribu kebaikan menjelma

Dan aku percaya
Tuhan sentiasa ada,
Untuk hati yang tidak pernah curang padanya
Subhanallah!




TBS,KUALA LUMPUR- TESCO,KOTA BHARU



WAJAH WAKTU



Berapa wajah waktu yang dapat dibaca
dan dihitung kira oleh manusia?
aku bukanlah pujangga yang mahu
menukar wajah waktu menjadi sebuah buku
yang dibaca ratusan ribu manusia

Wajah waktu sukar untuk diterbak episodnya
kerana manusia sendiri yang curang
tidak tahu menghargai setiap sua muka
dengan redup wajah waktu
dan esok belum tentu terkira
hingga beberapa babak kehidupan habis begitu saja

Dalam tidak sedar wajah waktu
hampir bermuram durja
kerana manusia yang ralit alpa
pada kosongnya dunia

dan wajah waktu silih bertukar
dalam senang serta sukar




PANDAN INDAH- TBS

KEMBALI KE LUBUK HAKIKAT


Kekasih,
Hari ini aku kembali
Ke lubuk hakikat
Penciptaan sebuah diri
Dari asal leluhur hati

Aku renungi alur pawanamu
Yang sepoi meniup hujung tudungku
Aku kembali mencium gundahmu
Sebuah desa cerlang membiru yang dirindui
Segunung ingatan zaman kanak-kanak
Yang tidak pernah pudar
Dalam riwayat sepiku

Kekasih,
Aku curang kepadamu
Rantailah jiwaku
Berdekad mengembara ke kota batu
Dan meninggalkanmu bersama kenangan lalu
Kini aku pulang,
Sebagai seorang aku
Yang masih bergelung rindu
Biarpun bergelar anak wayang



PASIR PEKAN, KELANTAN 

SEPASANG KEBERSAMAAN



Aku heret sepatuku ke mana-mana
Menapak dengan bahagia
Tanpa resah memikirkan apa-apa
Yang penting perjalanan selesa
Tidak melecekkan kaki luka

Seorang teman menegurku lewat petang
Sepatuku kelihatan cacat walang
Kerana katanya hidup harus ada
Sepasang kebersamaan
Bukan dipakai berlainan

Dan aku pulang,
Kata-katanya masih tergiang
Benarkah hidup harus ada kebersamaan?
Bagaimana kalau aku tidak akan pernah
Menjumpai sepasang kebersamaan?
Tentu hidup akan dilalui sendirian
Dan adakah kebersaman itu menjanjikan
Sebuah kebahagiaan?


KOTA BHARU, KELANTAN

Thursday, March 19, 2015

SEBUAH JAWAPAN HATI


(KEPADA H)

Siang hari tadi
di bawah terik bahang mentari
ketika aku menunggu kereta api
kau datang menghampiri
mempersoalkan pertanyaan hati
tentang sentuhan sukma sanubari
yang teramat payah ditakluki

Ya, Aku perempuan yang sukar didekati
apatah lagi meluruhkan hati
dan menjadikan rindu bersemi
hanya untuk seorang lelaki
yang belum tentu menjadi suami

Lebih baik kau lupakan sendiri
kerana kau mencintai perempuan puisi
yang akan tetap terus bersembunyi
di dalam kata-kata ilusi
dan sentiasa patah hati
di sebalik saat hari
seperti pelangi

Maaf, mungkin sampai mati
aku adalah pencinta sepi
yang lebih mendamba rindu ilahi
di situ tumpah cinta hakiki
dan menggebu rindu abadi
kerana itu membuatkan hidup lebih berseni.

Pemberi jawapan hati,
B

ASWARA-KTM BANK NEGARA- LRT BANDARAYA- LRT CEMPAKA- KENARI COURT



SERAGA KANVAS


(untuk sebuah kenangan yang tak pernah bisu)

Petang itu,
Dalam sudut cerlang debu
Ada sesuatu
Meneroboskan resah pilu
Saat dia menakluk sesuatu
Pada lukisan biru

Aku memandang bening wajah langit bisu
Semuanya pudar berlalu
Saat dia menumpahkan warna bersatu

Kamu tahu,
Meski lukisan hati berdebu
Namun hujan akan membantu
Meluruhkan dasar pilu

Dan aku berlalu
Tanpa memandang liku
Gerimis di kalbu


PADANG MERBOK-KTM BANK NEGARA-PANDAH INDAH

SEPOTONG KEK DI HARI JADIMU






Sepotong kek di hari jadimu
Menandakan kau didewasakan oleh waktu
Betapa rindu juga menggebu
Membebat di dalam kalbu

Adik-adikku
Seiring usiamu
Betapa banyak liku
Yang harus ditempuhi dulu

Jadilah dirimu
Seikhlas akhlak sanubarimu
biar tetap mewangi selalu
di dalam hati ayah dan ibu

Salam rindu,
Dari alongmu






BILA WAKTU MENGUNGKAP CERITA



Biarlah waktu yang mengungkap cerita
Tidak perlulah kita bersoal saja
Walhal takdir hidup berlainan belaka
Dan tiada siapa yang dapat menduga

Kerana waktu akan membawa
Manusia ke dalam dewasa
Dan akan memaknakan hayatnya
Menjadi nyata

Sampai bila-bila
Manusia tetap punya
Sebuah takdir hayatnya
Namun semuanya ketentuan Maha Esa

Usahlah ditanya
Kerana dia tiada jawapan tentangnya







JADI SERANGGA



Kalau dia menjadi seranggga
Pasti hayatnya sementara
Tidak perlu menunggu lama

Namun dia hanya seorang manusia
Yang perlu banyak berjasa
Untuk seluruh hayatnya

Biar kelak dewasa
Dia menghadap tuhan dengan sejahtera




LRT BANDARAYA
14/3/2015



DARUL IMAN (Puisi rindu untuk tanah kelahiran)





Lewat-lewat riwayat
Semua rindu menggusarkan bebat
Tempat sejarah dipahat
Lahirnya aku yang masih merempat
Dan masih belum menjadi orang hebat

Dalam pelukan siang
Aku rindu bau desa cerlang
Yang aku tinggalkan lewat petang
Dengan janji akan kembali pulang
Mahu melerai rindu walang

Namun setelah berganjaknya waktu
Aku masih terus kaku
Terjelopok di pinggir kota batu
Membeku menjadi seorang aku


Muslimah Hati



Muslimah puteri generasi islam
Aurat tutupilah wahai gadis penyeri
Didik perjuangan  perhiasan rohani
Di sananya DIA mencatit dosa bergelung
Mencatitkan dosa
Terkenang bapa tanggung
Semua dosa wanita tidak selubung

Begitu matimu nantinya disoal
Didatangi malaikat memukulmu tidak henti
Baju apakah
Pakaian seorang muslimah
Warna apakah
Membalut akhlak dimedan dunia

Saat dia teringat kehidupan lalu
Di jiwa itu ada cerita semalam
Jahil bukti pedoman dalam kehidupan

Dengan ilmu
Rohani tiada berdebar
Masuk ke dalam perjuangan
Tiada akan bubar.



P/S; Tersiar di Dewan Siswa Edisi Disember 2016





Padamu Tuhan



Segala di dalam lembayungmu Esa
Ada pentadbiran mulia sangat pesona
Zarah kehidupan membuak  berdebar
Disitu kudoa kudus pada tuhanku
Mengiringi doa
Tahajud pada tuhan
Hening kusujud dahi sejadah

Begitu kalbuku bersoal keliru
Didatangi segala kekhilafan masa lalu
Dosa bilakah
Membalut seorang hambanya
Khilaf  apakah
Menyepi diri disujud solat

Saat aku teringat kesalahan besar
Di asyik itu ini cerita gembira
Jadi lupa segala dalam kesalahan

Dosa bilakah
Kalau bukan asyik lalai
Khilaf apakah
Kalau bukan malas dan hambar

Kurang ilmu
Nurani jadi gementar
Lena kepada didunia
Hati akan sasar.




Saturday, March 14, 2015

MATA JENDELA JIWA



Bila mata berbicara
Adakah kau akan tumpahkan setia
Untuk setiap ketika
Hingga hujung nyawa?

Atau sekadar pandangan saja
Tanpa harapan luar biasa
Tanpa rindu bersisa
Atau lakonan semata-mata

Mata adalah jendela jiwa
Masakan kau berbohong rasa

Hingga menggigit kata 

RUMAH KECIL DI PERSIMPANGAN II





Ada rumah kecil
Di persimpangan
Dibina ikhlas oleh si bapa
Untuk mereka semua berteduh dari ribut sengsara
Dan membesarkan lima permata hati mereka

Dan di rumah kecil
Mereka sebenarnya lebih hidup sempurna
Dari penghuni rumah besar
Kerana kasih sayang keluarga
Yang tetap terus setia
Menjaga sesama mereka
Walau apa-apa jua menimpa

Dan rumah kecil itu,
Mengajar anak-anak mereka
Bahawa kasih sayang itu tetap menggebu
Sampai akhir waktu

Rumah kecil di persimpangan
Moga kasih tuhan membawa cinta mereka
Berhimpun di Jannah-Mu



MEMILIH SATU



Biarpun kau memilih dua,
namun satu yang berada di kalbu
jujur itu sebenarnya jawapan sanubarimu
kerana di dalam taman hatimu
tetap satu yang menggebu
segala kuntuman rindu

Justeru kau pilihlah satu
untuk tumpahkan cinta
berbicara segala cerita
berkongsi segala derita

Dan kau akan tahu bahawa
satu adalah juara
belajar untuk tidak mendua
terus tetap kukuh dalam badai sengsara

percayalah bingkasan kata-kata
di mana-mana satu tetap tiada dua
dan kau pasti tidak kecewa
kerana lebih memilih untuk setia.



KAMAR ILHAM, PANDAN INDAH

HABIS RIWAYAT



Kalau riwayat kita seperti
Sekeping roti
Pasti setiap hari
Akan ditukar ganti

Sebenarnya,
Riwayat kita seperti sekeping roti
Kerana satu saat akan mati
Menghadap ilahi
Jadi persiapkan diri
Menuju perkampungan hakiki


KAMAR ILHAM, PANDAN INDAH
9.54 MALAM

13/3/2015 

CANTIK YANG BISU



Ada cantik yang bisu
Suaranya tidak didengar waktu
Dia sendu
Dalam dilema rindu
Menimpanya bertalu-talu
Merintih syahdu

Dan dia terus hilang
Dalam remang
Senja petang
Menanti puspa cerlang


KAMAR ILHAM, PANDAN INDAH
7.12 PETANG

12/3/2015

SECAWAN BERAS



Dalam secawan beras,
Yang menjadi makanan asas
Menampakkan sebuah ikhlas
Ada cinta bonda
Ada kasih ayahanda

Semuanya bersatu menjadi satu
Dalam rindu menderu
Cinta bersatu

Betapa rezeki juga dikongsi
Bagaimana mereka mencari rezeki
Ikhlas untuk sesuap nasi
Membesarkan semua permata hati

Dan kasih itu akan tetap utuh
Meresap sayang yang kukuh
Selamanya tidak akan runtuh




BERKESIP RINDU DALAM SYAHDU



Dalam jam itu,
Dalam lewat hari berlalu
Betapa kadang khilaf hatiku
Alpa terlena dalam waktu

Dan engkau terus bubarkan pilu
Air mata menderu
Menitis di pergunungan pipiku
Dalam syahdu

Tuhan,
Aku hanya mahu menjadi pencinta-MU
Tetap mencintaimu yang satu
 Biar berkesip rindu
Dalam tahajud malamku
Hanya padamu

Tuhan,
Menjadi pencinta-Mu
Rupanya lebih mendamaikan kalbu

Subhanallah! 

Wednesday, March 11, 2015

MANUSIA BERNAMA dia



Orang datang dan pergi
itu biasa dalam hidup kita
namun kalau dia pergi
dan kembali semula
itu luar biasa.

Kerana katanya:
Orang-orang yang pergi
Kita harus lupakan
Orang-orang yang kembali
Kita harus waspada
Mungkin ada udang di sebalik batu

Dan manusia bernama dia
Akan tetap mengekori
Kerana katanya kehidupan
Belum memperjelaskan kedudukannya

Beginilah, hidup ini pinjaman
Sebelum habis pengakhiran
Memang belum jelas kedudukan




HUJAN MALAM ITU, PILU KOTA BATU




Dalam melebar gubuk-gubuk rindu
Malam itu kaku
Hujan pula merintih pilu
kulihat warnanya syahdu
menghantar pesan-pesan bercelaru

ada apa dengan resah kota batu
walhal hujan turun menggebu
namun sepahit  hempedu
meneroboskan waktu
mendinginkan kalbu.


10/3/2015
11.40mlm
PANDAN PUTERI
*sambil tunggu burger, siap puisi dalam hujan ^-^





MENYEWA KOTAK HATI








Dia bertanya sepi
Bolehkah disewa kotak hati
Untuk merasa bagaimana dicintai
Untuk  menjamah bagaimana dirindui

Aku berfikir berulang kali
Bolehkah disewa kotak hati
Dan bertukar rasa sanubari?


PADANG MERBOK, KUALA LUMPUR