BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Wednesday, March 11, 2015

TETAP SETIA



Kau tahu siapa antara kita
Yang akan tetap setia
Melontarkan resah rasa
Dan menjadi seorang pencinta
Terus berirama dalam paluan jiwa

Mungkin aku akan menunggu sampai tua
Menjadi seorang pencinta kata
Dan kau akan memungkin rasa
Supaya dalam hujan air mata
Kita tetap punya nyawa
Untuk terus tetap setia
Pada satu hakikat berbeza.

Biar di mana-mana
Kita terus mendakap pawana senja



p/s: telah tersiar di Dewan Siswa Edisi Jun 2016

No comments:

Post a Comment