BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Saturday, August 27, 2011

cinta yang satu



izinkan aku berdiri dipagar ilhammu
agar aku dapat menunggu
pintu hatimu terbuka menyambut
jejak cintaku ini
izinkan aku menyemai benih cinta
diruang taman hatimu
agar dapat kalbu ini berbunga rindu padamu
jangan biarkan cinta ini
terkandas tiada penyambutnya
usah dibiarkan kasih ini
kosong tiada perhatiannya
aku masih menunggu
cinta yang satu ini.






SESEPI SEPOI RANTAU ABANG




Rantau Abang menyepi resah
Aku lantas merajuk dingin
Tempatku dicumbui noda buruan
Mengenangkan tiada tempat meyambung zuriat
Dulu di sini aku mengatur jejak riang kenangan
Sepoi bahasa angin tidak dapat memujukku lagi
Ruangnya menghempas sabar dukaku

Aku dan burung sesama melihat laut
Cuma bezanya ia melayan atas tabir lautan
Dan aku meyelam ke dasar lautan kehidupan
Aku ingin berada di pulau impian
Di mana tiada manusia berwajah hodoh
Melempiaskan kekejaman terhadap kehidupanku

Sesepi rantau abang aku tinggalkan kepasrahan
Aku pergi memunggah sengsara
Menutup tirai derita hayatku.


- ADNIE BAHIAH
- Kuala Terengganu

MATAHARI KASIHKU




Matahari kasihku menyinari cahaya bahagia
Memadamkan alunan angin sengsara
Menghapus ketakutan yang menyala
Membakar dian diri tanpa hampa
Menguburkan segala pahit derita
Membenamkan kepiluan jiwa
Sungguh tautan syahdu menggunung cinta
Menghampar sayang tak terhitung kira

Matahari kasihku penyantun segala wajah
Menbenarkan aku bermain tanpa gundah
Jiwa ikhlas mendamparkan kasih
Tak pernah membuaikan kalbuku resah
Wangiannya membaja sendu tasbih
Aromanya melakar warna hayat indah
Mengemudikan ceria pada riak-riak amarah
Untuk mengukir cakna senyuman indah
Bersama menggapai segulung cecita megah
Mengenggam kepuasan yang manisnya meleret di kaki jubah!


HILANGNYA DIAN (Apresiasi buat Allahyarham Cikgu Alaudin Isa)



Malam merintih dalam kelam
Suram segenap minda alam
Sinar kejora menghilang
Rembulan mengundur pada kabus siang
gugur kemesraan pemburu impian

Guru cantelan keperibadian
menyentak sekeping jiwa mulia
suaramu berkumandang menikam senja
sayup-sayup mengajar tulis baca

Cikgu
Kau berjalan dalam lena
mengenang anak-anak bangsamu
ketandusan perwatakan duniawi
kejayaan digumpal keringat
kekecewaan ditelan penuh derita
melingkari hidup dengan satu amanah
ikrar dan janji kau tunaikan
demi memayungi ketamadunan bangsa
umpama dian membakar diri

Cikgu
sempat kau titipkan pesanan
meski di lereng pergunungan pipi senyuman bersisa
kapas kian kemas dan nafas semakin lemas
kau tetap siap bergantung harap
takut anak bangsamu kedinginan ilmu
terlantar dalam kegelapan duniawi

Cikgu
Pemergianmu bagai abjad-abjad hilang
lebur belati perjalanan hayat
meninggalkan insan yang masih mengutip
cebis-cebis huruf pengharapan
untuk diatur dalam kehidupan.


NURUL ADNIE BAHIAH ZAHABA
PASIR PEKAN,KELANTAN

DI KAKI LANGIT PENGABDIAN




Selagi hayat masih bersisa
Ada ruang penungguan bahagia
Sebelum dijemput tiba langit pengabdian nyata
Kaki senja melambai kejauhan
Di masjid penungguan sabar bermula
Berteleku syahadah-syahadah indah
Menyeru bait indah tasbih Ilahi

Walau hayat kehidupan diterjah
Nadi masih memberi peluang
Menyelami resah menutup gundah
Cantuman duka melabuh tirai
Riwayat pengabdian manusia dan penciptanya

Senja meronta denyutan rindu
Menyelerak pengabdian kalimah
Agar gusar tiada terlakar
Rindu berkhutbah meratib kecintaan
Menepuk simpangan alpa menjelma
Melontar silam ke dada langit.




Aksara rindu bertinta



Ku hiaskan kamar rindu buatmu kasih
Agar dapat kita mengulit mimpi sempurna
Mungkin tiada jodoh antara kita
Hanya aksara ini pengubat rindu

Jangan bandingkan diriku dengannya
Jangan lafazkan rindu lalu
Kutahan hati ini berlari
Kerana aku terlalu sayang padamu,kasih
Biarlah ku sendiri mengubat lara bersegi

Setialah dikau pada hatinya
Seperti mana hatiku padamu
Walaupun hati ini mengetahui
Tiada ruang di kalbumu
Untuk aku terus menumpang kasih

Maafkan diri ini
Andai selama ini menumpang kasih
Pada yang tidak sudi.

ADNIELAURA
ON MOOD:
Tepian ilham,KB

GIVE FORGIVENESS’



TO SOMEBODY WITH LOVE
SORRY FOR TEARS DROPS ON YOUR CHEEKS
SORRY FOR KILL DEEP ON YOUR HEART
SORRY FOR WASTE YOUR TIME
SORRY FOR HURT YOUR
SORRY…SORRY…SORRY

TO SOMEBODY…
PLEASE I NEED YOUR FORGIVENESS
PLEASE GIVE ME A CHANCE
PLEASE DON’T STAY AWAY FROM ME
PLEASE DON’T MAKE LOVE CRY…
PLEASE…PLEASE…PLEASE…





LAMPU DI JALAN CINTA



Aku lihat dia seperti mentari malam
Menemani purnama perindu derita
Kerdip kejora tersenyum bahagia pula
Perkabusan awan asyik tertari menanti

Gerimis temaran berkunjung tiba
Lewat dinihari merebahkan air mata
Menjamah erti pengalaman panjang
Lorong kenangan ini pernah dilalui
Lewat semester lalu catatan ini saksi
Sekeping nota hati dibawa pergi

Di sini telah abadikan segala cinta
Di sini tehimpun segala rindu
Berkecai segala kasih berbalut hiba
Menokah rimbunan paluan pasrah
Kamar kenangan lalu pedih ditinggalkan
Biarpun sebentar menghantar kesedapan perasaan
Namun kedinginannya meresahkan memori.

-ADNIELAURA-
TINTA ILHAM,TUMPAT.

PEPOHON DOSA



Saat embun menitis
Pada pepohon restu
Suram keguguran daun dosa
Mengambit resah pasungan duka

Dingin aksara dunia
Gentar dengan beribu cemar
Noktah kemesraan melimpah
Menjanjikan kebahagian meruah
Liku hidup dipilih jua
Penhujung usia yang mapan
Merami simpulan nafas

Disusun kejap di lipatan sejarah
Sempit mengalunkan lagu kenangan
Persis permata disumpah hangat
Singkirkan kemudaratan silam
Cerminkan diri yang utuh

Pada pepohon rendangan realiti
Pilu menghimpit pelukan waktu
Menyapa kalbu kekesalan
Menyusup impian dari ranting kebebasan
Sesakan serpihan gentar
Biar terperam rumputan berkat.

ADNIELAURA
-TEPIAN ILHAM-

JERITAN AL-ANSAR



AL-ANSAR
Laungan memuji ilahi
Masih berkumandang lagi
Indah bentuknya lagi bersemi
Memayungi perjuangan suci
Tempat solatnya nabi
Sebelum melangkah pergi
Menemui pencipta ilahi

Peradapan dunia kini
Mimbar dikoyak majusi
Jeritan Al-Ansar sepi
Kalaulah Al-Ansar boleh berbunyi
Sudah lama umat dimaki

Saban hari
Beribu darah tumpah lagi
Al-Ansar memandang tawar hati
Tiada kesedaran manusiawi
Kekusutan yang sukar difahami

Apakah sudah tiada lagi?
Atau memang tiada keamanan di sini.

MENGUNDANG SILAM



Terundur dalam bayangan waktu
Berkubur hampar penuh makna
Melara di pangkuan rindu
Silam mengundang ilham
Sebuah album memori duka

Sepi di tasik resah
Rontok mimpi berkeliaran
Memamah rahsia misteri
Mengalir ke lautan minda
Menanam mimpi di siang hari
Berlagu dalam kecewa kelabu
Penuh jati ilusi

Silam menghimpun teka-teki
Mencabar berjuta anjakan
Mencium lereng-lereng kesedihan
Yang masih berkabus di ingatan
Sebuah gunung nasib kamus sejarah hidup
Tertirai pengalaman hayat
Perigi diri berdebu wangi
Dikait keruh hati agar keruh berlalu pergi.



SEMANGAT DALAM SEPi



Kecintaan dalam sepi
Tewas di sempadan nafsu
Dipangguk resah kendiri
Saujana mata meneliti
Keriuhan restu hati
Gemawan berarak di langit pagi
Gapah berlalu dari situ

Gulananya semangat pendam
Menyentak sukaran jiwa
Pedih pilu bercampur baur
Membasahi rimbunan duka
Bebayang semangat dalam sepi
Membahang pekikan pilu

Semikanlah simpulan semangat
Saat undur gundah
Pada kesepian yang melanda
Alunan suara menghambur tiba
Rindu kontan di muara rasa
Mengintai malam di kelambu gelap
Bercumbu tangkai dosa
Yang kelam berliku
Terjerumus ke lembah kelabu
Lemah di sakaran restu
Lelah di karma kekhilafan dulu.



SUNYI



Seberinda nasib diri
Lumrah kehidupan bersegi
Bila orang tidak sudi
Menjamah usaha dikecapi
Menyendiri menagih simpati
Setiap saat menunggu hari
Segenap corot berlari-lari
Dalam meraih sedikit rezeki
Untuk keperluan peribadi

Apakah tidak diketahui
Erti pengorbanan abadi
Manusia tertutup mata hati
Jika peluang diberi
Pasti segalanya dihargai
Bukan sikit sekali
Malah beribu bakti
Segalanya pasti dijunjung tinggi

Ya Rabbi,
Sunyi kehidupan ini
Ku tagih daun-daun manusiawi
Pohon hayat ini
Ke perbu sanubari
Mungkinkah seluas bumi?.

Sinar ilham




Ilham
Datangmu tanpa seruan
Pergimu tanpa alasan
Membuai ingatan saat bersemi
Seindah bintang berkedipan di dada langit
Nama dijulang diri ditatang
Mencetus kerinduan ruang kalbu

Ilham
Hadirmu anugerah tiada bandingan
Walau seribu memori hadir di sisi
Tidak akan pudar sinar ilhammu
Di segenap lubuk jiwaku
Kerana kau sinar sejatiku
Mewarnai kegelapan hidupku
Yang tak mungkin kutemui
Seusia waktu begini

Ilham
Ku damba buih kasihmu di lautan sepi
Namun hampa kerana senja berlabuh tirai
Aku terus bangkit berdiri
Menunggu hari esok tiba
Mencarimu menghapus gelisah mimpi
Memilikimu kenangan abadi
Yang bertaut selamanya di hati.

ADNIELAURA
-PANTAI SRI TUJUH,TUMPAT,KELANTAN-


PALESTIN GEMAMU TERHAKIS



PBB membutakan mata
OIC memekakkan telinga
Rejim zionis terus bermaharajalela
Meragut kemanusian peribumi gaza
Hamas dan Fatah terus bersengketa
Penentu siapa raja segala raja
Rundingan damai sesia
Hanya kuasa rakyat hampa

Dimanakah dunia saat suara bergempita
Wanita dirakus hina
Kanak-kanak diseret fobia rasa
Melarat bersaudaraan hampa
Dalam derita mencuka
Warna kemerdekaan ungu duka

Berdekad palestin tetap sama
Terhakis dari peta dunia
Gema tebing barat lenyap bersuara
Masjidil Ansar menjadi agenda
Merebut siapa layak berkuasa
Menduduki tempat mulia
Apa dunia kehilangan deria?.



PEREMPUAN DAN PEPATUNG INI



PEREMPUAN INI
KETIKA MASIH BERGELAR DARA SUNTI
MENJADI IGAUN SANG LAKI-LAKI
SAAT ITU CINTA BERSEMI
DUNIA TERASA MAKNAWI
PENUH YAKIN DAN PASTI
TERJELOPOK DALAM LEMBAH MIMPI

PEPATUNG INI
SEKEROMBOLAN HADIR MENARI-NARI
PELBAGAI WARNA MENCERIAKAN HATI
MENYANGGAH ANGIN DI ANGKASA INI
MEMBEBASKAN MATA DARI KULIT MATAHARI
ALAM BAGAI DIPAYUNGI
TAHJUD SEKEJAP DENGAN KEBESARAN ILAHI

PEREMPUAN DAN PEPATUNG INI
DUA JIWA SATU HATI
DIBUAI ARUS ILUSI
TENGGELAM MENYUCUP BUMI
LEMAH UNTUK TEGUH BERDIRI
JIKA TIADA YANG MENGENDALIKAN TALI
UNTUK MELOLOSKAN DIRI.

Sunday, August 14, 2011

HIJRATUL DIRI



Angin pagi meratib lagu kecintaan
Melitupi diri dengan zikrullah
Merendahkan diri pada pencipta
Sujud mendakap hati
Terbit kuntuman taqwa di lantai sukma
Sebati insaf pengabdian bertafakur

Seberkas pahala dibawa pergi
Ikut laluan malaikat pagi
Menemui pemilik dhuha yang perkasa
Penyinar Nur Quddus
Meloloskan diri pada kekejaman hidup
Membebaskan mata pada penglihatan duniawi
Mengingatkan hati yang salah mengerti
Pada kemengan lahiriah

Ladang silaturahim terlepas alirnya
Tutup alur kebajikan persaudaraan
Menempat pada asal kejadian
Hakikat kehadiran insane
Alam barzah menanti penuh pasti.


RAHSIA CAKERAWALA




Kebiruan laut menghiasi mata
Kali tenang menyapa lembut
Persis diinginkan pawana berlalu
Merentasi permaidani hijau alam
Floral melangkah segar
Danau disinari mentari
Kedamaian melingkari rimba
Awan mendung berarak
Dihempus bayu sepi

Ungu luka menyeliputi dada
Tatkala bulan pudar sinarnya
Bumi merekah hiba
Fauna tersedu pilu
Bukit menjadi rata
Lembah menjadi daratan

Unggas berlagu sayup sengsara
Mencari dahan yang hilang
Terbang beriring di senja hari
Mencarik bulu berbaur debu
Sang kancil merintih kehilangan teman
Cakerawala meraung sendu.



PASCA MERDEKA



Sayup tanah bertuah memandang
Lara rakyat merdeka
Leka dengan paradigm dunia
Anak-anak muda paternalism
Semangat patriotisme hilang disergah paset
Mereka ketandusan budi
Merdeka hanya mewangi di halaman sejarah
Tidak di sanubari jiwa

Wahai penyambung warisan bangsa
Bumi merdeka memancar sinar
Jagailah negara bangsa
Bijak menyulam kemerdekaan
Jati diri puncak kecemerlangan
Biar hidup berdiri megah dipersada antarabangsa.

KASIH PERSAHABATAN KITA




Tiupan pawana lembut meniup hati
Deru ombak memukul pantai sanubari
Sayu hati bila terkenangkan semula
Memori indah kita lukis bersama
Tinta puisi kulakarkan
Tanda ingatan ikhlas buatmu
Moga segalanya abadi di kalbu
Bersemi buat selamanya

Masih meniti di paluan rasa
Kenangan menggamit duka
Tempuhi onak dan duri
Itulah yang kita harungi
Janji yang kita lafaz
Terpahat kekal abadi di halaman hati

Seandainya dugaan datang menerpa jiwamu
Hingga membuatmu terluka
Usah ditangis hibanya
Kerana aku akan selalu bersamamu
Mengubat hati yang duka
Demi membina janji kita
Kasih persahabatan kita..
ADNIELAURA
PANTAI MENGGABANG TELIPOT,KUALA TERENGGANU.

SYAHDU SEBUAH RAMADHAN



Irama malam menyeliputi diri
Ramadhan datang dalam kerinduan syahdu
Membisik rindu-rindu azali
Menjamah ciptaan indah diri
Laksana fatamorgana di tanah datar

Gemersik di lautan yang dalam
Dilitupi ombak-ombak amal
Kilauan kilat menghilangkan penglihatan duniawi
Awan berarak menghitung khilaf

Di musim ini menjejak diri
Membasahkan hati dengan cahaya ilahi
Dengan zikir-zikir suci.


ADNIELAURA
KOTA BHARU

PERAHU WAKTU




Usia melayarkan mimpi ke pelabuhan jauh
Di atas perahu waktu menatap hiba
Sauh hidup yang tiada kesudahan
Makin lanjut di lautan umur
Nafas tersadai di tepian resah

Berkaca senyuman di wajah lembut
Merebahkan diri pada ranjang kenangan
Jauh dari tasik ingatan
Bergelombang dengan ombak berani
Menunggu larian air
Untuk menuruni lurah sepi

Lurah menjadi pagar berduri
Dibawa waktu bersama mentari
Dihembus pawana dingin
Menusuk ke kalbu biru

Angin senja mendewasakan waktu
Terasa ingin memutar dulu
Kembali ke pangkal zaman
Memulai pengembaraan impain
Terkutip semula memori silam
Di dalam samudera rindu
Itulah hukum alam!.


KARYAKU MENANGIS



Oh karyaku menangis sepi
Seperti menggebunya hujan pagi
Kilat pancar-memancar melontar lagi
Gemuruh ketakutan menerpa hati
Kelam menghempas wajah diri

Mendung awan menutup laluan langit kesengsaraan
Membiaskan wap-wap kelukaan
Rumput keangkuhan menjeling kepanasan
Biarpun berteduh di bawah payung kedinginan

Hembusan angin berkebir noda kebencian
Dalam secalit duka ada perasaan
Harus melintas semua rintangan
Tidak terdengar suara kehibaan.



ADNIE BAHIAH
Kuala Terengganu.

JALAN KERESAHAN



Dimensi duka menerjah rasa
Terkulai dihimpit musim hiba
Alam ikut terdampar gulana
Wajah langit suram gelita
Berlalu dipungut tiupan sengsara

Pancaroba lorong kehidupan dilalui
Jalan berbatu resah berlopak sembilu
Setiap simpang diulit lena derita
Dedebu lara hinggapi titian perjalanan
Meninggalkan jejak-jejak kepiluan

Menjalar ketegangan ruangan dada
Kegusaran terhimpun memunah jiwa
Ketakutan meresap bertimpa-timpa
Mendung hati mendongak sama
Terlakar pedih bertinta hitam sukma

Angin sedih hantarlah pesan rindu
Mengubat pergi jauh sendu.


ADNIE BAHIAH
KUALA TERENGGANU


MENJAMAH SEDIKIT RINDU!




Kau ciptakan seksa yang membara
Meranapkan lubuk dada dengan sembilu buta
Sungguh aku derita dalam tempias rasa
Permainan perasaan yang kau curah
Di segenap urat nadi cintaku
Rupanya hanya kepalsuan nyata
Sungguh aku terseksa menanggung resahnya.

Rumput kasih yang kau pijak kian menampakkan rupa
Biarpun tidak seindah bayangan auramu
Ribut sengsara kau cipta sebenarnya memberi nafas baru
Dalam setiap langkah perjuanganku.
Mendung berkelam dalam hati telah beralih arah
Dan mekar menampakkan bunga bahagia

Terima kasih cinta!
Pernah hadir menyinar suatu ketika dulu
Biarpun meninggalkan lopak-lopak sengsara
Yang masih menakung air rindu di dalamnya.

Oh cinta! Terima kasih menyinggahkan rasa
Buat menikam kalbuku manja
Impian cinta yang berputar di ruang kalbu
Akan dikenang setiap waktu
Kerana kau telah mengarang cinta itu
Di suatu sudut yang terindah di dalam hatiku
Akan ku jamah ia selalu
Sebagai pengubat kasih rindu
Yang tidak terzahir oleh lukisan kata lain.

Kiriman:Adnielaura
adnielaura@hotmail.com

P/S:keluar di dalam ruangan ilhamku REMAJA edisi 1 ogos 2011.