BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Saturday, August 27, 2011

Aksara rindu bertinta



Ku hiaskan kamar rindu buatmu kasih
Agar dapat kita mengulit mimpi sempurna
Mungkin tiada jodoh antara kita
Hanya aksara ini pengubat rindu

Jangan bandingkan diriku dengannya
Jangan lafazkan rindu lalu
Kutahan hati ini berlari
Kerana aku terlalu sayang padamu,kasih
Biarlah ku sendiri mengubat lara bersegi

Setialah dikau pada hatinya
Seperti mana hatiku padamu
Walaupun hati ini mengetahui
Tiada ruang di kalbumu
Untuk aku terus menumpang kasih

Maafkan diri ini
Andai selama ini menumpang kasih
Pada yang tidak sudi.

ADNIELAURA
ON MOOD:
Tepian ilham,KB

No comments:

Post a Comment