BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Saturday, August 27, 2011

LAMPU DI JALAN CINTA



Aku lihat dia seperti mentari malam
Menemani purnama perindu derita
Kerdip kejora tersenyum bahagia pula
Perkabusan awan asyik tertari menanti

Gerimis temaran berkunjung tiba
Lewat dinihari merebahkan air mata
Menjamah erti pengalaman panjang
Lorong kenangan ini pernah dilalui
Lewat semester lalu catatan ini saksi
Sekeping nota hati dibawa pergi

Di sini telah abadikan segala cinta
Di sini tehimpun segala rindu
Berkecai segala kasih berbalut hiba
Menokah rimbunan paluan pasrah
Kamar kenangan lalu pedih ditinggalkan
Biarpun sebentar menghantar kesedapan perasaan
Namun kedinginannya meresahkan memori.

-ADNIELAURA-
TINTA ILHAM,TUMPAT.

No comments:

Post a Comment