MUKA MAYA
BILA CINTA KERANA ALLAH...
بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)
Sunday, August 14, 2011
MENJAMAH SEDIKIT RINDU!
Kau ciptakan seksa yang membara
Meranapkan lubuk dada dengan sembilu buta
Sungguh aku derita dalam tempias rasa
Permainan perasaan yang kau curah
Di segenap urat nadi cintaku
Rupanya hanya kepalsuan nyata
Sungguh aku terseksa menanggung resahnya.
Rumput kasih yang kau pijak kian menampakkan rupa
Biarpun tidak seindah bayangan auramu
Ribut sengsara kau cipta sebenarnya memberi nafas baru
Dalam setiap langkah perjuanganku.
Mendung berkelam dalam hati telah beralih arah
Dan mekar menampakkan bunga bahagia
Terima kasih cinta!
Pernah hadir menyinar suatu ketika dulu
Biarpun meninggalkan lopak-lopak sengsara
Yang masih menakung air rindu di dalamnya.
Oh cinta! Terima kasih menyinggahkan rasa
Buat menikam kalbuku manja
Impian cinta yang berputar di ruang kalbu
Akan dikenang setiap waktu
Kerana kau telah mengarang cinta itu
Di suatu sudut yang terindah di dalam hatiku
Akan ku jamah ia selalu
Sebagai pengubat kasih rindu
Yang tidak terzahir oleh lukisan kata lain.
Kiriman:Adnielaura
adnielaura@hotmail.com
P/S:keluar di dalam ruangan ilhamku REMAJA edisi 1 ogos 2011.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment