BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Sunday, August 14, 2011

KARYAKU MENANGIS



Oh karyaku menangis sepi
Seperti menggebunya hujan pagi
Kilat pancar-memancar melontar lagi
Gemuruh ketakutan menerpa hati
Kelam menghempas wajah diri

Mendung awan menutup laluan langit kesengsaraan
Membiaskan wap-wap kelukaan
Rumput keangkuhan menjeling kepanasan
Biarpun berteduh di bawah payung kedinginan

Hembusan angin berkebir noda kebencian
Dalam secalit duka ada perasaan
Harus melintas semua rintangan
Tidak terdengar suara kehibaan.



ADNIE BAHIAH
Kuala Terengganu.

No comments:

Post a Comment