BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Saturday, August 27, 2011

SESEPI SEPOI RANTAU ABANG




Rantau Abang menyepi resah
Aku lantas merajuk dingin
Tempatku dicumbui noda buruan
Mengenangkan tiada tempat meyambung zuriat
Dulu di sini aku mengatur jejak riang kenangan
Sepoi bahasa angin tidak dapat memujukku lagi
Ruangnya menghempas sabar dukaku

Aku dan burung sesama melihat laut
Cuma bezanya ia melayan atas tabir lautan
Dan aku meyelam ke dasar lautan kehidupan
Aku ingin berada di pulau impian
Di mana tiada manusia berwajah hodoh
Melempiaskan kekejaman terhadap kehidupanku

Sesepi rantau abang aku tinggalkan kepasrahan
Aku pergi memunggah sengsara
Menutup tirai derita hayatku.


- ADNIE BAHIAH
- Kuala Terengganu

No comments:

Post a Comment