BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Tuesday, June 19, 2012

KEAJAIBAN-MU





Masyaallah!
Hati resah mengusik jiwa
Dalam payah berserah tangis

Subhanallah!
Keajaiban darimu menyunting hati
Mengosongkan segala gundah bertamu

Alhamdulliah!
Kebesaranmu menguntum senyuman mesra
Kehidupan terasa sungguh indah

Insyaallah!
Kasihmu akan mekar sempurna
Bersama bertautan hidayah mengimpikan Jannah-Mu.Amin…

BINGKISAN LARA HATI





Setitis pilu meninta syahdu
Buat bingkisan lara hati

Dalam genggaman,
Setangkai melur layu kekeringan
Mencipta kenangan lalu
yang lali di ingatan jiwa
Desir kalbu memburu rindu
Atma bayu seolah mengerti
Bahawa hati senantiasa gundah

Kerana hidup umpama mimpi
Pada sang siang hari
Yang malamnya buta penuh gelita
Ibarat satu kehidupan yang belum tahu
Akan tiba penghujungnya…







JELITA YANG PUDAR





Seberkas gubahan kehidupan
Yang amat cantik dan indah
Menggigit ingatan wajah jiwa

Jelita yang pudar
Dimamah globalisasi ego minda
Mereput bersama kematangan fikiran


PAUTAN PENA





Pena berderap-derap langkah
Di antara pautan maya dan halaman kertas
Berbisik riak manis
Seperti sebuah pertemuan istimewa
Di awal musim kenal

Pautannya melewati musim-musim indah senyuman
Menanti di bawah langit cinta
Di awangan asmara jiwa
Akhirnya mendakap dewasa

Pautan pena!
Kekadang langkahnya harus dijaga
Supaya secangkir madu tidak tumpah
Ke mulut kumbang berbisa.

ADNIELAURA
Teratak Ainadnie
5 Jun 2012
8.57 PM

CERITA 5 BULAN




Dalam riwayat lima bulan
Antara minggu ke bulan
Di mana ketika senja merapat
Perbatasan pepohon sepi
Tanpa rebut hari berwayang
Mengegar pentas cerita kehidupan

Di dalam belai lembut semilir angin sunyi
Masih kejap berdiri di padang usia
Menghitung semalam,hari ini dan lusa
Mengikut irama rentak indah aksara.

-ADNIELAURA-
Teratak Ainadnie
5 Jun 2012
8.53PM

PUSARA DIRI




Sebuah kota akal meneluskan hayat
Meredah samudera sepi ilusi
Persembahan jiwa sebuah riwayat
Memaku tugu-tugu rintihan peribadi

Ingatan menikam duka hati
Kenangan menyentap luka sanubari
Menerjun tajam randik memori
Meninggalkan jasad menghitung hari

Berentap tari sfera emosi
Berputar mencari arah diri
Mengantungkan masa di perhentian mimpi
Mengadaikan waktu di pengembaraan manusiawi

Senyuman fatamorgana sukar dihadapi
Penuh pengabdian dalam diri
Memohon alpa mengingatkan hati
Supaya metafora perjalanan dirahmati.

ADNIE BAHIAH
KUALA TERENGGANU

-PUISI INI TERSIAR DI MINGGUAN MALAYSIA (AHAD) PADA 03.06.2012
P/s:puisi ini sungguh bermakna mengingatkan tentang permainan kehidupan lalu yang banyak dipermainkan dan tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai sebuah kejayaan.Masa yang berlalu dengan pantas namun belum tentu dapat menutup segala keresahan masa lalu.

Saturday, June 02, 2012

MENDAKAP RIWAYAT II




Aku mencari tempat teduh
Di bawah atap rending kehidupan
Tatkala suria memancar sinar di atasnya

Aku berlari mencari tempat teduh
Di bawah sukma mentari hangat
Hanya mampu bicara tanpa rintih suara

Aku terus berlari mencari tempat teduh
Namun selagi mendakap riwayat ini
Tidak boleh lari dari pengembaraan kehidupan.


Bahagia Yang Sepi




Bahagia yang sepi
Berasa bangga setiap penjuru alam
Biarpun ada jiwa merata menangis
Bagai mimpi ngeri bermalam hiba

Bahagia yang sepi
Menari di atas pelangi waktu
Melaung kegembiraan memecah harapan
Melimpah jeritan kesengsaraan sesiapa
Dan kerusuhan nafas nafsunya

Bahagia yang sepi
Kerana derita tidak selamanya berduka
Dan tidak bermakna sebuah bahagia
Yang sepi di atas derita orang lainnya.





HATIKU MILIKMU ‘YA RABBI’




Puas sudah kucari bahagia
Di sisi teman-teman,
Kudapat hanya kelalaian

Kucari lagi,
Di hati seorang kekasih
Kudapat hanya kekecewaan
Dalam meniti hari penuh kekosongan

Oh,di mana lagi harus ku mencari,
Membawa sekeping hati,
Yang penuh kerinduan
Rindu yang tiada haluan
Aku keliru sendiri
Apa yang kucari
Apa yang kuperlukan
Aku masih tidak bisa mengerti
Yang pasti kekosongan hati ini minta diisi

Sejenak ku tersedar
Aku mencari cinta agung
Buat jiwaku yang merindukan hakikat kebenaran
Cahaya yang membelah kegelapan
Melimpah cemerlang mengisi kekosongan

‘ku tersedar,
Destinasi pendakianku di sini
Ku mencari-Mu tuhan,
Mengharap keredhaan,
Menagih kebahagian
Dari sinar cahaya iman.

P/S:kata-kata jiwa dari salah seorang senior,syukran ya ukhti!


HALAMAN HARI




Di sebalik keresahan langit senja
Termangu sayu resah kerinduan
Sesepi senja kelam menyinsing
Mengutip coretan cinta abadi
Guguran daun kering bersilih ganti

Di sebalik halaman hari
Yang masih terus menyimbah hati
Tersembunyi rentak kehidupan hakiki
Menunggu detik menyembah bumi.

-ADNIELAURA-

GELORA KENANGAN



Kenangan mengapit pelukan waktu
Terbayang segala keindahan
Mengembalikan khayalan siang
Menyimpul kenangan lama
Terasa ingin kembali
Merindui coretan lalu
Hapus segala duka
Bertimbung di hati
Halang segala lara
Bersarang di kalbu

Kebeningan menerpa ke mata
Kian hilang kebuntuan itu
Tatkala senyuman merekah di bibir
Luhur seorang teman mengukir kemanusiaan
Tulus berbicara telus berkata-kata
Memecah kesunyian di kamar rindu
Pergilah gelora bersama kenangan
Tak mungkin terungkap lagi
Menjulang gelombang mimpi
Membeban pilu di lidah takdir.