BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Saturday, August 22, 2015

MUSAFIR DI BUMI TUHAN





Sesungguhnya nikmat yang paling mendamaikan
Adalah nikmat dari cinta tuhan

Hidup ini adalah permusafiran
Di dalam indah bumi tuhan
Nikmat apa lagi mahu didustakan
Bila segalanya adalah sebuah pemberian

Kita bernafas di bumi tuhan
Dengan segala kasih-Nya
Kita berjalan di bumi tuhan
Dengan segala sayang-Nya
Kita berteman di bumi tuhan
Dengan segala cinta-Nya

Kita hanya musafir di bumi tuhan
Yang indah hanya kesementaraan.


MASJID AL-AZIM PANDAN INDAH

21/8/2015

YANG KAUKUTIP ADALAH KEMBANG KENANGAN




Masihkah kau ingat saat kau kerling angin
Menyapanya dengan ikhlas senyuman
Tanpa sedar berbuah perasaan
Ranumnya menggumam sukma kejernihan

Yang kautabur adalah bisik harapan
Yang kukutip adalah kembang kenangan
Masih segar oleh bisik ingatan
Masih manis oleh suara sentuhan

Kini, aku hanya mampu meratap malam
Berharap segalanya tidak kekal suram
Bukankah kau juga pemuja alam?


PADANG MERBOK, KUALA LUMPUR.



PEREMPUAN INGATAN



Dialah seorang perempuan
Kau kenalinya di musim hujan
Yang basah oleh gelisah perasaan
Kau bisikkan di telinganya igauan
Tidak mahu membiarkannya sendirian
Menempuhi kehidupan di hadapan
Kau taburkannya bayang harapan
Setinggi larikan pelangi di awan

Tanpa dia sedar waktu adalah angin
Membiarkan hatinya resah kedinginan
Bersama sepi terus berkibaran
Dia hanya dibungkus kata-kata ingatan
Menambahkan dukanya rawan
Dan dusta adalah kenyataan.


PADANG MERBOK, KUALA LUMPUR


SUARA PUSARA




Kau tahu?
Kudengar debar terlontar
Dari jantungmu
Bersebati menjadi debu lumpur
Bersisa di bawa angin hancur

Kau tahu?
Kurasa ada suara meminta
Dari dalam pusara
Berbalam hangat dosa
Yang mula dirasa
Setelah talkin dibaca

Kau tahu?
Aku bukan seekor manusia
Tidak mampu membantumu di sana.


PANDAN INDAH, KUALA LUMPUR


MENIKMATI KESEPIAN YANG MENANGIS



Di luar kehidupannya
Dia menikmati sebuah kesepian
Yang sedang menangis
Mencari jawapan kepada pertanyaan

Di dalam naungan diri
Yang bersemadi hanya sepi
Terus akrab mencitra hati
Mewarnai segala ruangan diksi
Segalanya meninggalkan memori

Hiduplah sebuah kehidupan
Rangkaian cerita tiada bernoktah
Menyatukan garis realiti sempadan
Keperibadian unggul tinggal sejarah.



KAMAR ILHAM, PANDAN INDAH.

PENYEMPURNA RASA SEBUAH CINTA




Aku mahu menjadi bintang dihatimu
Namun seringkali mentari yang kauburu
Lantas kubiarkan sepi bergerimis
Kerana tidak mahu hati tertiris

Serasanya aku tewas dengan rasa
Kerana rindu terlalu banyak bertapa
Berjelaga dengan gundah
Bagaimana mahu dipadamkan resah?

Lalu aku mengingatkan sanubari
Untuk kembali kepada hakiki
Biar jati kukuh bersemadi
Mendalami makna sebuah diri
Sebelum mencintaimu dengan abadi.


KAMAR ILHAM, PANDAN INDAH.




MENJADI BIDADARI SANUBARI


(buat jodoh yang akan diutus tuhan)

Syurgaku
Dalam kebersamaan waktu
Kita tidak pernah tahu
Sebenarnya tuhan telah tuliskan namamu
Di kantung jiwaku
Tanpa sedar bersemadi di kalbu
Dan cinta menjadi satu

Aku hanya ingin menjadi bidadari 
Kepada empunya rusuk kiri
Setia bersama meraih cinta ilahi
Seumur hidup hingga syurga-Nya abadi.

#soulmatetillJannah
#HousemateHalal


KAMAR ILHAM, PANDAN INDAH.


Tuesday, August 11, 2015

Rindu berkelana ilmu di jalan-Mu



Di dalam firman-mu
Aku renungi bait-bait rindu
Aksara yang mengubat hatiku

Rabb,
Rindu merimbun berkelana ilmu
Menggapai cinta-mu

Yang satu

Monday, August 03, 2015

SEPERTI APA KITA WARNAI SEKEPING HATI ANTARA SEPI







Seperti rasa secangkir kopi
Kita sebenarnya tidak berdefinisi
Kita larut dalam atma-atma gundah
Menyebar antara ruang-ruang amarah

Sebelum kita sejauh matahari
Kita sebenarnya pernah sedekat nadi
Cuma kita buat tidak peduli
Tentang rasanya sebuah hati.



KOTA BHARU, KELANTAN.