BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Thursday, March 07, 2013

Hilang



Hilang dan sepi tanpa bicara
hati berpusing gundah mencari
amat perit kehilangannya
terasa sakit merindui detik itu

biarpun aku berlari dalam arus
kosong...
biarpun aku merentas sempadan
kosong...
biarpun aku terbang ke langit biru
kosong...

kosongnya jiwa tatkala kehilangan
segala cinta kukuburkan dengannya
segala cita-cita kutanam bersamanya

namun satu yang pasti
Tuhan pasti mempertemukan kita lagi
Dalam setiap sujud aku menatap hari
bersua kembali menghalang kehilangan

#adnielaura#
Masjid Jamek,KL