BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Wednesday, April 06, 2011

GUSAR JANUARI





Pementasan gelombang wajah sepi

Nikmat cinta penghujung duka

Berbau kesengsaraan membingit deria

Tersimpan segenap sendu gelisah

Gelora januari berombak ganas



Wajah langit keangkuhan mengasak

Menjengah hari-hari derita

Hajat tertunda mengorak bahagia

Gusar bermukim merajai gundah hati



Ruang mentari pula beria melabuh bahagia

Menghayatkan ritma tabir terbuka

Melarang getar memekik ketakutan



Setiap helaian nafas berputar

Gentar meledak di dada silam

Berdebar menanti bayangan esok.




                                                                                    
-tersiar di Mingguan Malaysia pada 16 januari 2011
~permulaan untuk tahun 2011~