BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Tuesday, May 06, 2014

APRIL LALU TIDAK KUPEDULI



Sungguh!
april lalu tidak aku peduli
dalam remang pagi
tidak juga aku ambil peduli
kubiarkan tiga puluh hari
berlalu begitu sepi

aku ambil lagi cuti
sekadar untuk berjoli
ke sana sini
menyedapkan hati

senyum dalam tawa
terlupa ada lara
hingga april leka
baru tergadai alpa

Ah, April! maaf aku tidak peduli!


BILIK SEMINAR 7, ASWARA

SEBILAH HARI



ada beberapa bilah hari lagi
beberapa randik waktu sukar
beberapa detik masa rugi
semuanya terbuang lara

waktu yang berlalu dan jemu
omong kosong!
ku rasa nafas makin mendkit
dalam beberapa minggu sukar
dapatkah aku menjemputmu, teman?