BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Thursday, April 23, 2009

pemburu malam delionic

kau pelarian hati yang tegar berjuang
memancung aksara-aksara indah dunia
walhal pedang nikmat diguna
tidaklah setajam akal kalbumu
yang tangkas menikam madah
menusuk kalbu indah

delionic
terus menghayung pedang nikmat
memaut mata kefahaman dunia
mengikut bait kata rencana ilham

kau memangkah desir batu
jadikan ais impian
agar tidak hancur
satu rentak bahagia
ibarat jiwamu bersatu dengannya

Thursday, April 16, 2009

suara sanubari 1

aku bukanlah seekor helang
yang mampu terbang gah senantiasa
aku perlu suntikan biotik darimu
agar aku terus berjaya melayari bahtera hidup bersama waktu bahagia

aku tahu hatimu telah terluka
aku tahu kamu membenciku
tapi kumemohon seribu kemaafan atas kekhilafan lalu
kumohon keberkatan hidupku darimu jua
dan harap kamu dapat mendoakan aku
seperti jua aku yang senantiasa mendoakan kesejahteraanmu...

sebenarnya aku ingin menyatakan
bahawa aku mencintaimu
aku juga terpaut pada bicara halusmu
tapi aku tahu ada seseorang yang bakal menerokai kalbumu
ikhlas menyanyangimu,mencintaimu
setiap detik yang berlalu
juga merinduimu setiap masa dengan penuh perasaan

mengertilah bahawa dalam kalbu ini
telah pun tersirat cinta lalu
aku tak mampu melepaskannya pergi
kerana aku amat menyanginya
aku mendoakanmu menemui insan
yang terbaik untuk hidupmu kelak
cintamu bakal diterokai oleh insan impianmu selamanya

Monday, April 06, 2009

bibir pendusta kata

rerumput gemawan mengikat jaring lelabah
hanya mengikut rima kata
bukan pada megahnya riang
mekar itu walhal diangkut senada
rona-rona manusia alpa
sinis bermegah dusta kata

Wednesday, April 01, 2009

KEJAYAAN MAKNAWI


sebuah kejayaan nikmat terasa
bila kepahitan ditelan
bila kemanisan dihirup
merentas benua
melayari samudera
menempuh halangan dan rintangan
ketulusan jiwa tonggak utama
sebuah kejayaan maknawi
bangkitlah bangsaku
memayungi perjuangan ini
membina ketamadunan
kejayaan tonggak utama
kedaulatan bangsa
walau berabad lamanya
sebuah kejayaan kekal digenggaman
MINGGUAN MALAYSIA
15 JULAI 2007