BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Saturday, September 29, 2012

calon hati


Di atas hamparan cinta
Aku mengusul angin kembara kasih
Purnama ros yang terbenam
Ke dalam rindu digulung
Serangkul pawana cinta
Mengetuk erat gulana santunku

Dalam debar menyimpan harap
Bersalut impian dan anganan
Namun ciater mimpiku berdoa
Jambangan hati ini tersimpan
Kudus buatmu calon hatiku
Yang akan didekatkan oleh Rabbi

Jika benar dia tertulis
Di kanvas Luth Mahfuz
Empunya rusuk kiriku
Maka dekatkan garizah hatiku
dengan senyuman kalbunya
Supaya mimpinya dan mimpiku
Bersatu dalam redhamu.


~ADNIELAURA~

Wednesday, September 26, 2012

A Pieces Of Silent Night

( A Voice From Cinderella)




One
Two
Three
The tick tock come around
I smile at the window
No voice out
Only the darkness companies
and laughs of the rain
from her sadness heart

P00r her!
threat the pretand forever
May be I not a Cinderella
fall in love with right man
bring all happiness for all comunity
but I am something
want to do anything
for life humanity


CREATED BY,
ADNIELAURA
KL.
8.31pm
26 September 2012

THE GIFT


I am not people who loved you
I am not people who joyfulness you
I am not people who enjoyed you
I am not people who guideness you

I am only have hurt you
I am oly have kill you
I am only have blame you

SORRY!
That Me!
That the gift
Pure gift from heart...

Sunday, September 23, 2012

SEBUAH GARIZAH SEPI




Ketika lemah menggapai sejahtera
Menepis setiap redup gelora
Laluan kesengsaraan membengkak minda
Waktu palsu pinggiran garizah sepi

Kepasrahan terpaut menanti gebar memori
Bergentayangan di laman hati
Melengkarkan harum sentuhan emosi
Diukir menyusup bebayang ilusi

Penghujung rintih sebuah sukar
Perjalanan indah lembah sanubari
Memunggut kerikil luka semalam
Dimaksumkan ke minda kosong
Hamparan kenikmatan kehidupan sejati.


ADNIE BAHIAH
KUALA LUMPUR.


P/S: Alhamdullilah.Puisi ini tersiar di Mingguan Malaysia pada 23.9.2012 (Ahad)

Saturday, September 22, 2012

DEBUNGA DOSA


Ketika embun menitiskan bahagia seketika
Perarakan burung-burung datang menerpa
bergembira dengan segala alpa
kemudian bermalam durjana di singgahsana

Lautan syaitan bersama debunga dosanya
ada lagu panah-panah berkeliaran
memungut permainan senyuman dunia
mula bergelandangan pada deria

Tinggallah sang bunga layu
keguguran pucat menyembah bumi
sang burung masih memilih bunga mekar
untuk melewati setiap helaian nafasnya.


`Adnielaura`
KUALA LUMPUR
22/9/2012

RUANG ATMA HATI BERBUNYI SEPI




yang bergema menuju bergoda diriuh
menyampah pada deria yang dipijak
kenyataan hati merelakan bunyinya
dipijak pada pergendangan diri

atma berbunyi sepi
dibuli bilah hari
butir kata membawa sebak
patah kata menghiris kalbu
menutur kata memutar teriak

Tuesday, September 11, 2012

HENTIAN MALAM GELANDANGAN KEHIDUPAN






Sesyahdu menanti perhitungan hari

Musim takwa perbatasan hati

Memasak semua amalan terpuji

Mengemis cinta pada Rabbi



Hentian malam beribu nikmat

Lailatuqadar dinanti hormat

Memaut kasih penuh rahmat

Bekal gelandangan kehidupan cermat



Memperkosa masa beribu syukur

Melahirkan perasaan cinta tahajjudnya

Waktu mengukir ruang atma taubat

Menanggal parut kekhilafan diri.



ADNIE BAHIAH

KUALA LUMPUR

ANDAI ITU AKU



ANDAI AKU HIDUP SEPERTI ORANG BUTA
TIDAK PERLU MELIHAT KEZALIMAN DUNIA
TIDAK PERLU MELIHAT MANUSIA DURJANA
TIDAK ADA MALU YANG MERUNTUN JIWA
TIDAK SUKAR SUKAR YANG LARA

SEMUANYA CERITA BAHAGIA
GELAK KETAWA
SENYUM LEKA YANG DIRASA
TIDAK ADA MULUT-MULUT BERBICARA




ADNIELAURA
-HOSTEL ASWARA-