BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Monday, October 25, 2010

MENGEJAR BEBAYANG WAKTU

                           

                           
Senja derita mencabar sabar duka
Awan mendung mengandung titis resah
Pengaliran takdir tertetap tegak
Diburu jela hayat hari


Semalam kemanisan meleret indah makna
Memaut tikaman kesementaraan kehidupan
Hari ini nikmat diasak megah nyala
Tiada meneduhkan redup bahagia
Esok masih bernafas menghirup segar keangkuhan
Lakarannya terbias luka langit petang


Tanpa sedar lingkaran lusa berputar
Bebayang waktunya meninggal tanpa jejak
Tertunda mengeja cerah dunia

                                                        
                                                              KUALA TERENGGANU
                                                               24 OKTOBER 2010

Monday, October 04, 2010

MENCANTING MAKNAWIAH LAILATULQADAR


 Dihamparan ini meminta secebis maknawiah
Menagih kasih lailatuqadar
Bertahajjud melukut dancingan dosa
Mengembara di tiap-tipa lembah keinsafan
Termangu kekesalan duniawi
Rasa gerun berbatik dihati
Takut tidak layak menjenguk syurgamu

Malam inilah nikmat seribu malam
Kemenangan sesudah kezaliman nafsu
Memasuki setiap hati-hati manusia
Ruang melimpah keampunan termahal
Mendambainya selagi seru hayat meniti


KUALA TERENGGANU
19 SEPTEMBER 2010
MINGGUAN MALAYSIA