BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Monday, October 04, 2010

MENCANTING MAKNAWIAH LAILATULQADAR


 Dihamparan ini meminta secebis maknawiah
Menagih kasih lailatuqadar
Bertahajjud melukut dancingan dosa
Mengembara di tiap-tipa lembah keinsafan
Termangu kekesalan duniawi
Rasa gerun berbatik dihati
Takut tidak layak menjenguk syurgamu

Malam inilah nikmat seribu malam
Kemenangan sesudah kezaliman nafsu
Memasuki setiap hati-hati manusia
Ruang melimpah keampunan termahal
Mendambainya selagi seru hayat meniti


KUALA TERENGGANU
19 SEPTEMBER 2010
MINGGUAN MALAYSIA

No comments:

Post a Comment