BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Friday, February 17, 2012

CERITA DERITA KOTA CINTA




Subuh suci berdetap meratap
Berbenih kesukaan ceruk khayalmu
Sepi sesegar berjela rela
Senyum siang mentari muda

Celah kebosanan kuap kehidupan
Mengantung kenangan kemarau cinta
Sebalik tenteram tabir kuntum rindu
Menebas jerami kasih gementar

Kebisingan rindu ombak asmara
Merah makna membara leher jiwa
Rebahan lelah angin hakikat
Mencurah seluruh kota setia

Selamat menikmati derita cerita
Dicipta lelap manis mimpi remaja
Ketar calar mencari diri sendiri
Kaki peribadi meluntut sarat


ADNIE BAHIAH
Tendong,Pasir Mas.

MEMUNGUT SEBERKAS PAHALA




Dunia adalah penjara waktu
Semakin suntuk pedangnya
Di leher hati insane

Kasih beralih arah duniawi
Dipeluk kasih harta dunia
Dengan senyuman nista alpa
Semakin lupa memungut
Harta jiwa sebenarnya.


SEKEPING KENANGAN KOMA



Jika aku punya sepasang mata
Arah kaki langit tinggi
Akan aku setia memerhati
Setiap langkah gerakmu

Jika aku punya sentuhan deria
Di kala bayu angin
Akan aku rasa rintih pilu
Setiap sudut kalbumu

Jika aku punya halwa pendengaran
Di setiap sudut alam
Akan aku selalu mendengar
Luahan rasa hatimu

Jika aku punya deria bau
Yang dapat menghidu masalahmu
Akan aku selalu menceriakan jiwamu

Namun,aku hanya ada
Sekeping kenangan koma
Yang aku rakam indah
Setiap duka tawamu
Aku hanya punya Sekeping kenangan hati
Yang menyimpan setiap kenangan
Bermusim kita bersama.



2 KEPING NOTA UNTUK dia



Mekar kemunting di laman inang
Di perdu tubir hiasan puteri
Kasih disunting sayang dipinang
Setia diukir mengapa mungkiri

Pinggiran pedada tumbuh perah
Di pulau fakir hidup melata
Kalbu ternoda simbahan darah
Kasih terukir berputih mata

SEORANG PENGEMIS EPISOD CINTA




Tidak berasa hina
Untuk sebuah episode cinta
Peta perjalanannya memaku
Resah destinasi hayat

Rantaian bekalan dibawa pasti
Mengusung takdir terjerat maknawi
Melakar suara semangat tembusi
Sekeping koma jiwa

Lembaran kemanusiaan tidak ternoktah
Gemerlap mengiringi rindu sang pengemis!.


KELOPAK YANG JATUH



Hidup ini indah
Jika sepi kau kontangkan
Pada gema gemersik
Suara alam yang mendayu

Dan menarik sekeping hati
Mengenali rimbunan bait kata
Menggapai rembulan malam

Ilusi kalbu bertakhta iman
Samudera sanubari riang senyuman
Sesekali merentas sisir syahdu pedoman
Mendiami hakikat sebuah kehidupan

Yang patah akan tumbuh
Yang hilang akan berganti
Yang jatuh bukan mundur
Yang megah bukan berjaya.

BIANGLALA DIPINGGIR SURIA



Bianglala di kaki hujung langit sepi
Dipinggir rentak sang suria muda
Seperti terbunuhnya warna-warna kesejahteraannya

Bianglala terpinggir sendirian ngeri
Burung-burung berterbangan bermain riang
Bernyanyi lagu girang gembira
Kerana bumi segar sempurna
Menadah cahaya gemerlap mentari

Kupu-kupu berkejaran bersama gembira
Membenamkan lembayung petang
Dalam senda keteduhan senjakala

Selamat tinggal bianglala ufuk timur
Ratusan tahun usiamu berdiri
Membiaskan sinar sayang tatasuria
Dengan kejam,ia membenamkan warna-warnanya
Sambil mengucapkan pesan
SELAMAT TINGGAL SEBUAH KEHIDUPAN!