BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Friday, February 17, 2012

KELOPAK YANG JATUH



Hidup ini indah
Jika sepi kau kontangkan
Pada gema gemersik
Suara alam yang mendayu

Dan menarik sekeping hati
Mengenali rimbunan bait kata
Menggapai rembulan malam

Ilusi kalbu bertakhta iman
Samudera sanubari riang senyuman
Sesekali merentas sisir syahdu pedoman
Mendiami hakikat sebuah kehidupan

Yang patah akan tumbuh
Yang hilang akan berganti
Yang jatuh bukan mundur
Yang megah bukan berjaya.

No comments:

Post a Comment