MUKA MAYA
BILA CINTA KERANA ALLAH...
بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)
Friday, February 17, 2012
BIANGLALA DIPINGGIR SURIA
Bianglala di kaki hujung langit sepi
Dipinggir rentak sang suria muda
Seperti terbunuhnya warna-warna kesejahteraannya
Bianglala terpinggir sendirian ngeri
Burung-burung berterbangan bermain riang
Bernyanyi lagu girang gembira
Kerana bumi segar sempurna
Menadah cahaya gemerlap mentari
Kupu-kupu berkejaran bersama gembira
Membenamkan lembayung petang
Dalam senda keteduhan senjakala
Selamat tinggal bianglala ufuk timur
Ratusan tahun usiamu berdiri
Membiaskan sinar sayang tatasuria
Dengan kejam,ia membenamkan warna-warnanya
Sambil mengucapkan pesan
SELAMAT TINGGAL SEBUAH KEHIDUPAN!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment