BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Saturday, August 04, 2012

PUISI untuk GADIS 'M'





semalam kau memerli aku
mempersoalkan sesuatu yang tidak aku lakukan
aku hanya mampu bersabar
dalam tangis sendu
bertemankan kepekatan malam
Aku menarikan pena kegusaran
akibat pedih kata-kata mulutmu

Aku tidak bersalah!
kau mempersoalkan aku
seolah-olah itu bebanan aku
dan kau boleh tersenyum
sambil menjeling tajam ke arahku
bergelak dengan bahagianya
dapat menjatuhkan gundahku derita

Dan aku hanya mampu menangis
bersabar dengan berdoa
dan mengarangkan pena melakarkan coretan resah
ingatlah diri ini hanya permulaan kehidupan
ada beribu riuk hari lagi kau akan tempuh
yang perlu di dalam diri adalah KESABARAN...

DARI GADIS YANG DIZALIMI DAN DIBULI

KEKABU HATINYA




Di suatu sudut dia merenung bayang laut.Langit mendung berarak bakal menitiskan hujan nikmat pada hari.Hujan; rintihan alam tidak memudarkan ilhamnya itu.Kadang-kala dia suka hujan tetapi sebenarnya derita batin itu bergelodak.Hatinya memberontak pada titisan hujan itu,semuanya bagaikan sepi dan tiada lagi.Sanubarinya ketika ini bagai dihenyak-henyak sembilu yang berbisa.Sukar untuk menarik balik apa yang telah berlumat di benaknya kini.Seraut wajah itu menggambarkan harapan yang tidak pernah suram dek kemurungan masa lalunya.

Thursday, August 02, 2012

KARMA DI ATAS KERTAS CINTA



Dia menuliskan kisah cinta
Menyingsing terpenjara lukisan kasihnya
Kanvas menyemai segala resah
Yang pernah hilang suatu ketika

Kertas hati jujur terdampar kosong
Lemas di hujung tengkujuh kehidupannya

Walau berabad lamanya pergi
Kasihnya tidak dibawa mati
Bahkan akan selalu bergelodak
Pada jiwa dan jasabnya.

HATI YANG BERTAMU SEGALA RINDU!


Tatkala minggu berlabuh
Hati bertamu segala rindu
Di setiap sepi rentang waktu yang damai
Riuh dengan rona bahagia

Segala waktu letih berhempas pulas dugaan
Tidak langsung terasa beban
Kuabaikan segala kepenatan
Kerana jiwa subur lagu cinta
Yang sentiasa tertanam dalam dada
Menyelubung telaga perjalanan kehidupan

Di bibirku mekar senyuman sejahtera
Mulus melihat erat binar mata manusia
Yang memperoleh berkat kemanusiaan
Bernafas dalam satu aliran
Di bawah keberkatan sinar kasih-NYA
Sekarang waktu berlabuh,
Semoga dipertemukan lagi di ranjang kasihnya

Sejujurnya,

Tatkala waktu berlabuh,
Pilu terasa hati
Seperti membelah maya kehidupanku

Namun itu fitrah!
Untuk hati yang bertamu segala rindu

(sedang dan masih lagi belajar tentang seni fotografi JJ)

ADNIE BAHIAH
KANDIS,BACHOK.

ANDAI DI SANA SEPERTI DI SINI

Jika aksara waktu berputar memasuki paluan duka sama.Aku gentar pada gelodak emosinya.Bagaimana andai di sana sama sahaja seperti di sini? Keadaan selokan dan persekitaran gelombangnya. Aku takut.Andai langkah berulang kali mengheret patahan sengsara sama.Tidak.Tidak Di sana berbeza.Di sini berlainan.Harus positifkan minda.Tenangkan jiwa dengan senyuman sejahtera.Lorong kenangan di sini sudah ditinggalkan.Laluan kejayaan di sana bakal ditelusuri.

PENTAS AKSARA

Di pentas aksara menggenggam cecita Diusung kejap dari gelanggang puitis Medan merungkai maknawiah sanubari Setiap sudut penjuru kata hati Menghadam rimbun sentuhan abjad Membentuk sebuah puisi mapan.

JIKALAU ENGKAU MENJADI…


Jikalau engkau menjadi birah
Biar aku menjadi keladi
Menjadi saudara seperti sedarah
Walaupun belum mengenal hati budi

Jikalau engkau menjadi matahari
Biarlah aku menjadi bulan
Sering bersua setiap hari
Berselisih dengan satu senyuman

Jikalau engkau menjadi air
Biarlah aku menjadi talamnya
Negara akan terus aman makmur
Biarpun pelbagai kaum didalamnya.

NURUL ADNIE BAHIAH ZAHABA
P/S:PUISI INI TERSIAR DI DEWAN SISWA KELUARAN MEI 2012