MUKA MAYA
BILA CINTA KERANA ALLAH...
بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)
Saturday, August 04, 2012
PUISI untuk GADIS 'M'
semalam kau memerli aku
mempersoalkan sesuatu yang tidak aku lakukan
aku hanya mampu bersabar
dalam tangis sendu
bertemankan kepekatan malam
Aku menarikan pena kegusaran
akibat pedih kata-kata mulutmu
Aku tidak bersalah!
kau mempersoalkan aku
seolah-olah itu bebanan aku
dan kau boleh tersenyum
sambil menjeling tajam ke arahku
bergelak dengan bahagianya
dapat menjatuhkan gundahku derita
Dan aku hanya mampu menangis
bersabar dengan berdoa
dan mengarangkan pena melakarkan coretan resah
ingatlah diri ini hanya permulaan kehidupan
ada beribu riuk hari lagi kau akan tempuh
yang perlu di dalam diri adalah KESABARAN...
DARI GADIS YANG DIZALIMI DAN DIBULI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment