BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Saturday, September 22, 2012

DEBUNGA DOSA


Ketika embun menitiskan bahagia seketika
Perarakan burung-burung datang menerpa
bergembira dengan segala alpa
kemudian bermalam durjana di singgahsana

Lautan syaitan bersama debunga dosanya
ada lagu panah-panah berkeliaran
memungut permainan senyuman dunia
mula bergelandangan pada deria

Tinggallah sang bunga layu
keguguran pucat menyembah bumi
sang burung masih memilih bunga mekar
untuk melewati setiap helaian nafasnya.


`Adnielaura`
KUALA LUMPUR
22/9/2012

1 comment:

  1. SEKADAR NUKILAN JIWA YANG TERKESAN PADA SIKAP MANUSIA DAN KEALPAAN REMAJANYA

    ReplyDelete