MUKA MAYA
BILA CINTA KERANA ALLAH...
بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)
Saturday, September 22, 2012
DEBUNGA DOSA
Ketika embun menitiskan bahagia seketika
Perarakan burung-burung datang menerpa
bergembira dengan segala alpa
kemudian bermalam durjana di singgahsana
Lautan syaitan bersama debunga dosanya
ada lagu panah-panah berkeliaran
memungut permainan senyuman dunia
mula bergelandangan pada deria
Tinggallah sang bunga layu
keguguran pucat menyembah bumi
sang burung masih memilih bunga mekar
untuk melewati setiap helaian nafasnya.
`Adnielaura`
KUALA LUMPUR
22/9/2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SEKADAR NUKILAN JIWA YANG TERKESAN PADA SIKAP MANUSIA DAN KEALPAAN REMAJANYA
ReplyDelete