BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Saturday, August 22, 2015

PEREMPUAN INGATAN



Dialah seorang perempuan
Kau kenalinya di musim hujan
Yang basah oleh gelisah perasaan
Kau bisikkan di telinganya igauan
Tidak mahu membiarkannya sendirian
Menempuhi kehidupan di hadapan
Kau taburkannya bayang harapan
Setinggi larikan pelangi di awan

Tanpa dia sedar waktu adalah angin
Membiarkan hatinya resah kedinginan
Bersama sepi terus berkibaran
Dia hanya dibungkus kata-kata ingatan
Menambahkan dukanya rawan
Dan dusta adalah kenyataan.


PADANG MERBOK, KUALA LUMPUR


No comments:

Post a Comment