BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Saturday, August 22, 2015

PENYEMPURNA RASA SEBUAH CINTA




Aku mahu menjadi bintang dihatimu
Namun seringkali mentari yang kauburu
Lantas kubiarkan sepi bergerimis
Kerana tidak mahu hati tertiris

Serasanya aku tewas dengan rasa
Kerana rindu terlalu banyak bertapa
Berjelaga dengan gundah
Bagaimana mahu dipadamkan resah?

Lalu aku mengingatkan sanubari
Untuk kembali kepada hakiki
Biar jati kukuh bersemadi
Mendalami makna sebuah diri
Sebelum mencintaimu dengan abadi.


KAMAR ILHAM, PANDAN INDAH.




No comments:

Post a Comment