BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Tuesday, June 19, 2012

PAUTAN PENA





Pena berderap-derap langkah
Di antara pautan maya dan halaman kertas
Berbisik riak manis
Seperti sebuah pertemuan istimewa
Di awal musim kenal

Pautannya melewati musim-musim indah senyuman
Menanti di bawah langit cinta
Di awangan asmara jiwa
Akhirnya mendakap dewasa

Pautan pena!
Kekadang langkahnya harus dijaga
Supaya secangkir madu tidak tumpah
Ke mulut kumbang berbisa.

ADNIELAURA
Teratak Ainadnie
5 Jun 2012
8.57 PM

No comments:

Post a Comment