BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Saturday, August 27, 2011

Sinar ilham




Ilham
Datangmu tanpa seruan
Pergimu tanpa alasan
Membuai ingatan saat bersemi
Seindah bintang berkedipan di dada langit
Nama dijulang diri ditatang
Mencetus kerinduan ruang kalbu

Ilham
Hadirmu anugerah tiada bandingan
Walau seribu memori hadir di sisi
Tidak akan pudar sinar ilhammu
Di segenap lubuk jiwaku
Kerana kau sinar sejatiku
Mewarnai kegelapan hidupku
Yang tak mungkin kutemui
Seusia waktu begini

Ilham
Ku damba buih kasihmu di lautan sepi
Namun hampa kerana senja berlabuh tirai
Aku terus bangkit berdiri
Menunggu hari esok tiba
Mencarimu menghapus gelisah mimpi
Memilikimu kenangan abadi
Yang bertaut selamanya di hati.

ADNIELAURA
-PANTAI SRI TUJUH,TUMPAT,KELANTAN-


No comments:

Post a Comment