BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Sunday, August 14, 2011

KASIH PERSAHABATAN KITA




Tiupan pawana lembut meniup hati
Deru ombak memukul pantai sanubari
Sayu hati bila terkenangkan semula
Memori indah kita lukis bersama
Tinta puisi kulakarkan
Tanda ingatan ikhlas buatmu
Moga segalanya abadi di kalbu
Bersemi buat selamanya

Masih meniti di paluan rasa
Kenangan menggamit duka
Tempuhi onak dan duri
Itulah yang kita harungi
Janji yang kita lafaz
Terpahat kekal abadi di halaman hati

Seandainya dugaan datang menerpa jiwamu
Hingga membuatmu terluka
Usah ditangis hibanya
Kerana aku akan selalu bersamamu
Mengubat hati yang duka
Demi membina janji kita
Kasih persahabatan kita..
ADNIELAURA
PANTAI MENGGABANG TELIPOT,KUALA TERENGGANU.

No comments:

Post a Comment