MUKA MAYA
BILA CINTA KERANA ALLAH...
بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)
Saturday, August 27, 2011
MENGUNDANG SILAM
Terundur dalam bayangan waktu
Berkubur hampar penuh makna
Melara di pangkuan rindu
Silam mengundang ilham
Sebuah album memori duka
Sepi di tasik resah
Rontok mimpi berkeliaran
Memamah rahsia misteri
Mengalir ke lautan minda
Menanam mimpi di siang hari
Berlagu dalam kecewa kelabu
Penuh jati ilusi
Silam menghimpun teka-teki
Mencabar berjuta anjakan
Mencium lereng-lereng kesedihan
Yang masih berkabus di ingatan
Sebuah gunung nasib kamus sejarah hidup
Tertirai pengalaman hayat
Perigi diri berdebu wangi
Dikait keruh hati agar keruh berlalu pergi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment