BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Wednesday, March 11, 2015

PELUKIS KATA ITU AKU



Pada saat lain dia menyamakan aku
Dengan pelukis kata lain
Aku menyepi dalam paluan rasa
Namun aku pendamkan saja
Menjadi satu rencah perasa
Biarpun berjeda seketika

Walhal aku melukis kata lain dari biasa
Biarpun menggunakan aksara kata yang sama
Kotak fikirku tetap sukar dibaca

Dan ternyata dia kecewa
Kerana aku punya jiwa
Yang berirama berbeza
Dengan yang lainnya.




No comments:

Post a Comment