Tuhan,
Sungguh aku
keji
Dalam air
mata sendiri
Walhal engkau
telah memberi
Sebuah cinta
sejati
Yang sungguh
suci
Amat sukar
dicari
Dan payah
diganti
Sebuah cinta
sejati
Yang bukan
hanya didakap dalam mimpi
Kerana kasih
mereka realiti
Mengalir indah
begitu murni
Membelai ke
perdu pelusuk sanubari
Hingga ke
syurga abadi
Tuhan,
merekalah nikmat yang harus kusyukuri
Menggebu segala
rindu di pergunungan pipi
Dalam ralit
menggebar memori
Semoga cinta
kekal ke perkampungan hakiki
Amin, ya
Rabbi
No comments:
Post a Comment