BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Wednesday, March 11, 2015

SESUDAH HUJAN MENGGEBU!




Hujan dan sebuah perasaan
Memang segalanya keajaiban dari tuhan
Rintiknya menggebu mengenai kalbu
Dan ianya membasahkan pilu

Tuhan,
Teguhkanku menjadi pencinta-Mu
Dalam jasad rindu
Dan engkau akan membuka doa
Doa yang berkesip dalam jiwa
Biar bermandikan sejahtera

Tuhan,
Aku pencinta pelangi-Mu
Adakah pelangi akan muncul sesudah hujan?



*Tersiar di Majalah Dewan Tamadun Islam Edisi Februari 2016


No comments:

Post a Comment