BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Sunday, March 08, 2015

MEMBUKA PINTU HATI



sesudah subuh pagi
dia membuka jendela diri
membentangi pawana ilahi
terus hembusannya mengenai
pergunungan pipi

lantas dia teringat kata-kata sanubari
tidak takutkan dia akan sepi
keadaan sunyi sendiri
dan terus menjadi perempuan ilusi
namun hanya senyuman memekari
kerana membuka pintu hati
tidak semudah membuka pintu almari


KAMAR ILHAM, PANDAN INDAH
8/3/2015

7:15PAGI

No comments:

Post a Comment