p/s:puisi ini dihasilkan olehku sempena sambutan hari jururawat peringat negeri Kelantan untuk dideklamasikan oleh ibu saudaraku HABIEYBAH SALWA YUSUF yang kini bertugas di Hospital Lati,Pasir Mas,Kelantan.
Kita berjalan dan memulakan perjalanannya
Seperti jarum waktu yang setia berputar
Ke beberapa sudut tempat dan arah waktu
Di situlah cerita kasih kemanusiaan bermula
Kelembutan kewanitaan menjadi kemesraan
Seperti seberkas gubahan di taman mawar
Kasih yang tetap harum mewangi
Ke segenap hati insani
Bukan kerana takdir
Yang menukarkan kehidupan kita
Untuk memasuki alam perkasihan kemanusiaanNYA
Namun kerana sedikit hati dan jiwa yang tulus kasih sayang
Kita telah menukarkan corak wajah jiwa manusia
Dalam melayari bahtera kehidupanNYA
Kita insan yang amat cinta pada kemanusiaan
Kita tidak pernah gentar menongkah bebanan tugasan
Yang memahat berat bahu
Biarpun bertahun-tahun lagi
Pada setiap randik zaman-berzaman
Dan pudar alunan irama waktu
Tugas jururawat lebih harum menjunjung tanggungjawab bangsa
Rentap amanah dalam diri yang tidak pernah akan hilang
Bersama kebaikan budi dan pekerti bakti.
No comments:
Post a Comment