Jeda. Dalam rindu seketika
Angin yang ralit menerpa
Ingin sekali disentuh rupa
Yang mendiami sentuhan jiwa
Dengan pelangi rindu
Deru membeku mendekatkan kalbu
Ingin setia mewarnakan hatimu
Biarpun luka menjadi berdarah
Biarpun kaca menjadi pecah
Biarpun derita menjadi gundah
Kerana yang menikam ranumnya
Terus membisukan kelmarin yang sepi.
KAMAR ILHAM,
PANDAN INDAH.
No comments:
Post a Comment