BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Tuesday, May 05, 2015

KEKASIH, MALAM INI HUJAN!





Kekasih,
Malam ini hujan
Hujan di kota metropolitan
Mendungukan resah perasaan

Aku terkena tempias kesengsaraan
Apabila titis hujan
Terkena kamar tidurku
Seperti dirasa hiba waktu
Menggebu di kelopak mataku

Kekasih,
Malam ini hujan,
Kilat guruh berteriakan
Pulanglah
Aku takut sendirian

Kekasih,
Mungkinkah kau setitis hujan
Air mata yang menghantar ingatan?



KAMAR ILHAM, PANDAN INDAH.

No comments:

Post a Comment