BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Tuesday, May 05, 2015

Kutanam Bunga Di Sudut Beranda



Kutanam bunga di sudut beranda
Kerana harumnya mendamaikan sukma

Kutanam bunga di sudut beranda
Kerana hijaunya menggembirakan jiwa

Kutanam bunga di sudut beranda
Kerana gebunya menghilangkan gulana

Kutanam bunga di sudut beranda
Kerana debunya mengalihkan hiba

Kutanam bunga di sudut beranda
Kerana bunga mengajarkan setia
Lambang seorang perawan jelita
Yang memekarkan wangian bahagia.


KENARI COURT, PANDAN INDAH.



No comments:

Post a Comment