BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Wednesday, May 13, 2015

Mesin Jahit Tua



(Sebuah Hadiah Hari Ibu)

Mesin jahit tua
Yang sering ibu guna
Separuh dekad usia
Membesarkan aku lima bersaudara

Mesin jahit tua bertukar baru
Sebagai hadiah di hari ibu
Dengan segala simpanan wang saku
Hasil dari menulis buku
Aku belikannya untuk ibu

Ibu mengucup kasih keningku
Aku menangis menahan sendu
Aku tidak memerlukan apa-apa, ibu
Melainkan sebuah doa darimu
Agar aku dilindungi selalu
Dalam ikhlas menuntut ilmu

Aku tidak melihat gerimis
Di wajah tua ibu
Kerana segala tangis
Merimbun gembira dalam kalbu.



No comments:

Post a Comment