Mahar seorang perempuan
Bukan wang bernilai jutaan
Bukan juga harga sebuah kucupan
Mahar seorang perempuan
Kerana akhlak yang diperjuangkan
Kerana akal yang budiman
Kerana ilmu yang sopan
Kerana sulbi penuh kebaikan
Mahar seorang perempuan
Kerana melahirkan zuriat warisan
Seorang penyeri sebuah kehidupan
Mahar seorang perempuan
Tiada harga ditetapkan
Kerana perempuan seindah ciptaan
Yang elok diutus tuhan.
Bukankah janji tuhan itu benar dalam Al-Quran?
“ perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji,
dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji, sedangkan
perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki
yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Dan mereka itu bersih dari apa
yang kamu sembunyikan” – An-Nur:26
No comments:
Post a Comment