BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Monday, May 04, 2015

Saat hujan membasahkan hati di malam hari



Ketika malam
Dan langit berwajah kelam
Hatiku gundah suram
Hujan membasah hati muram
Bersama gemuruh di dada alam

Aku jadi benci hujan
Kerana hujan menghantar ketakutan
Bersama nada guruh bunyian
Yang datang bersama kegelapan

Tuhan,
Di sini ada seorang perempuan
Yang takut dengan rintik hujan
Dia sendirian kuyup kebasahan
Dalam lencun dugaan

Kata seorang teman,
Jangan takut hujan
Senyumlah di bawah hujan
Hujan itu ujian
Bisa membasuhkan segala dosa
Dan noda kehidupan
Saat itu kau akan merasa
Dekatnya kau dengan tuhan.

Dan perlahan-lahan
Air mataku tumpah kehujanan
Dan di dalam tangisan
Hati rasa akrab dengan tuhan.







No comments:

Post a Comment