Senja yang hadir sedikit waktu dulu
Telah mengemaskan lubuk hatimu
Ke dalam daerah-daerah yang sukar
dipertemu
Lantas langkah kaki menjadi kaku
Sedingin sentuhan pawana salju
Mega awan yang bergerak laju
Langsung tidak mampu menunggu
Kamu terpinga-pinga sendu
Kerana bertemu seorang bidadari
rindu
Yang hadir lewat senja berlalu
Dan apabila malam mengorak di
jendela waktu
Bidadari senja hilang di matamu
Bayangnya yang masih setia mengejar
mindamu
Sedang jasabnya tidak lagi kamu ketemu
TAMBATAN
DIRAJA, KELANTAN
No comments:
Post a Comment