BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Friday, May 01, 2015

PEREMPUAN PATAH HATI






Dia telah mengunci
Sebahagian bilah-bilah hati
Dan merantai perdu pelosok sanubari
Membiarkan perjalanan lembah sepi
Berjalan dan terus sendiri

Seperti dia menanti hujan pagi
Yang tak pernah kunjung tiba lagi
Lewat-lewat suara sunyi
Yang berteriakan di dinihari
Tiada siapa peduli

Perempuan patah hati
Di mana-mana saja dia sendiri
Membiarkan waktu membawa semi
Menghiburkan sebahagian jiwa dan hati

Ya, dia perempuan patah hati
Hanya seorang perenung mimpi
Di dalam khayalan sunyi.


KAMAR ILHAM, PANDAN INDAH



No comments:

Post a Comment