BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Wednesday, May 13, 2015

Gerobok Rasa Seorang Penulis



Apabila ditanya seorang teman
“Bagaimana kau mencorakkan masa depan?”
Aku hanya memberikan ulas senyuman

Teman,
Masa depan tetap juga ada di mana-mana
Yang penting usaha dan tawakal kepada-NYA

Dari desa ke kota
Ini perjalanan sebuah usia
Aku tidak memerlukan nilai wang berjuta
Kerana itu bukan ukuran sebuah bahagia
Aku perlukan ketenangan yang bertimpa
Memungut makna sejahtera
Untuk setiap tinta.

Teman,
Tengkujuh tetap juga tidak pernah reda
Kita yang perlu meredah kemungkinan nyata.

Maaf untuk hari-hari yang tidak sempat menyapa
Kerana aku sedang sibuk berteleku dalam gua
Menyiapkan beberapa manuskrip yang tertunda.



No comments:

Post a Comment